Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Daging kultur halal jika penuhi syarat: Muis

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Daging kultur halal jika penuhi syarat: Muis

Feb 03, 2024 | 08:30 PM



Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mendapati bahawa daging kultur secara amnya halal atau dibenarkan dimakan oleh orang Islam sekiranya ia memenuhi syarat, kata Muis dalam satu kenyataan pada 3 Februari.

Menurut kenyataan itu, keputusan mengeluarkan fatwa tersebut sejajar dengan peningkatan penekanan sejagat terhadap pengeluaran makanan mampan dan menangani kebimbangan masyarakat Islam mengenai memakan produk makanan baru seperti daging kultur.

“Terdapat dorongan global untuk penyelesaian makanan alternatif yang mampan.

“Walaupun penyelesaian makanan alternatif kini masih dalam peringkat perkembangan, adalah perlu untuk mempunyai pendirian agama yang jelas pada peringkat awal mengenai memakan makanan baru,” jelas kenyataan tersebut.

Daging kultur, menurut Muis, merujuk kepada daging yang dihasilkan menggunakan teknik penumbuhan sel, sama ada melalui penumbuhan tisu, atau sel tunjang yang diambil daripada haiwan.

Ia adalah sumber alternatif daging, berbanding dengan daging haiwan ternakan yang diperoleh secara konvensional.

Bagi memberi jaminan kepada orang Islam untuk membuat keputusan termaklum, Jawatankuasa Fatwa Muis telah menggariskan tiga syarat penting untuk daging kultur disifatkan halal.

Ia termasuk sel mesti berasal daripada haiwan halal, setiap bahan digunakan untuk membentuk tekstur dan komposisi daging kultur mesti halal, dan produk mesti tidak toksik dan bersih.

Dalam kenyataannya, Muis menekankan bahawa penerimaan daging kultur oleh orang Islam juga bergantung kepada pertimbangan lain seperti keutamaan diet peribadi, rasa dan kos.

“Matlamat pensijilan halal ialah untuk memberi jaminan yang lebih besar kepada orang Islam bahawa produk makanan tertentu adalah halal untuk dimakan.

“Garis panduan ini bertujuan untuk memastikan peraturan pemakanan halal dikekalkan dan dipatuhi.

“Dalam semua kes, orang Islam membuat pilihan yang dimaklumkan mereka sendiri sama ada untuk mengunjungi mana-mana pertubuhan makanan yang disahkan halal atau mengambil mana-mana produk makanan yang disahkan halal,” ujar kenyataan itu.

Bimbingan Jawatankuasa Fatwa berlandaskan prinsip Islam yang memperjuangkan pemeliharaan nyawa manusia dan perlindungan alam sekitar.

Ia juga mengikut prinsip perundangan Islam yang menganggap perkara yang berfaedah dibenarkan kecuali dibuktikan sebaliknya.

Fatwa mengenai daging kultur itu berlandaskan prinsip Islam yang berfungsi untuk memelihara kehidupan manusia dan melindungi alam sekitar.

Fatwa itu juga mengambil kira prinsip perundangan Islam bahawa apa sahaja yang berfaedah dibenarkan, kecuali dibuktikan sebaliknya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >