Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Anugerah Cemerlang iktiraf jasa pengurus stesen MRT selamatkan nyawa

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anugerah Cemerlang iktiraf jasa pengurus stesen MRT selamatkan nyawa

Dec 12, 2023 | 05:51 PM



Encik Yasin Yusoff, 32 tahun, tidak teragak-agak bertindak ketika melihat seorang penumpang warga tua pengsan di hujung eskalator stesen MRT pada November 2022.

Bersama rakan kumpulannya, beliau segera memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dan menggunakan Defibrilator Luaran Automatik (AED) dengan cepat untuk menyelamatkan nyawa penumpang tersebut.

Ketangkasan tindakannya itu sebagai pengurus stesen MRT diiktiraf dan dihargai dalam Majlis Anugerah Emas Pengangkutan ke-24 yang diadakan pada 12 Disember di auditorium Politeknik Nanyang. Encik Yasin merupakan antara 32 penerima Anugerah Cemerlang tahun ini.

“Sebenarnya, saya tidak terfikir akan menerima anugerah ini kerana pada awalnya saya menganggapnya sebagai usaha bersama pasukan,” kata Encik Yasin.

“Namun, saya amat bersyukur diberi pengiktirafan ini selepas lima tahun berkhidmat sebagai pengurus stesen MRT.”

Encik Yasin berkongsi dengan Berita Harian (BH) bahawa tugasnya sentiasa “sibuk dan riuh” sepanjang hari. Sebagai pengurus stesen MRT, beliau sentiasa bersedia untuk menangani sebarang cabaran yang mungkin timbul pada bila-bila masa.


SMRT menyediakan latihan dan kursus bagi kakitangan seperti Encik Yasin untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam mengendalikan kes-kes kecemasan.

“Saya terlibat dalam kursus pemantapan kecemasan secara tahunan yang membantu meningkatkan kecekapan saya dalam menjalankan tugas harian,” ujarnya.

Latihan tersebut dijalankan oleh pelbagai pertubuhan dan organisasi termasuk Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC), Persatuan Kebajikan Orang Kurang Upaya (HWA), Persatuan Orang Cacat Penglihatan Singapura (SAVH), Persatuan Penyakit Alzheimer (ADA) dan Guide Dogs Singapore Ltd (GDS)  bagi memastikan kakitangan SMRT bersedia menghadapi pelbagai situasi semasa bertugas.

Dianjurkan Gerakan Berbudi Singapura (SKM) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Anugerah Emas Pengangkutan kali ini disampaikan kepada 972 kakitangan perkhidmatan pengangkutan, merentasi enam kategori – Automotif dan Operasi Kejuruteraan; Operasi Bas; Operasi Perkhidmatan Pelanggan; Operasi Kereta Api; Operasi Teksi dan Operasi Kenderaan Sewa Privet. Ia adalah penghargaan kepada kecemerlangan dalam pelbagai aspek operasi pengangkutan awam.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, dan pengarah SKM, Cik Michelle Tay.

Dalam ucapan beliau, Cik Tay berkongsi: “Pengangkutan awam adalah penting dalam kehidupan harian kita di Singapura. Dedikasi dan kecemerlangan kakitangan pengangkutan awam telah menjadikan perjalanan kita lebih menyenangkan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >