Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Ajar ilmu Al-Quran demi ummah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSATUAN GURU-GURU AL-QURAN (PERGERAQ)

Ajar ilmu Al-Quran demi ummah

Mar 01, 2024 | 05:30 AM



Bagi Ustazah Kemala Pagista, mengajar dan mempelajari Al-Quran itu merupakan ibadah dan satu keperluan bagi seorang Muslim.

Ustazah Kemala, berasal dari Padang, Indonesia, telah menjadi relawan bersama Persatuan Guru-Guru Al-Quran (Pergeraq) sejak 2019 dan kini mengajar kelas Al-Quran bagi pembantu migran Islam, dalam program Kempen Celik Al-Quran (KCQ) sejak September 2023.

Kelas KCQ ini diadakan secara percuma, dua kali sebulan dan setiap sesi berlangsung selama dua jam.

Selain itu, Ustazah Kemala juga mengajar talaqqi qiraat serta bertadarus bersama murid-muridnya. Walaupun akur perlu melalui pelbagai cabaran, beliau yakin dan amat gembira dengan pencapaian dan peningkatan yang baik oleh pelajarnya.


“Dalam program tadarus ini, peserta tidak hanya membaca sahaja malah diberikan manhaj, atau keterangan, tentang usul qiraat dan penjelasannya. Diharapkan peserta ini, yang semuanya guru-guru Al-Quran, mempunyai kemampuan untuk menjelaskannya kembali kepada anak murid mereka.


“Untuk kelas KCQ bagi pembantu Islam migran pula, keterbatasan waktu dalam menyampaikan ilmu Al-Quran hanya dalam waktu singkat, dua jam setiap sesi, sebanyak dua kali dalam sebulan. Ini memang tidak mencukupi, namun pelajar-pelajar ini gigih berlatih di rumah.

“Cabaran lainnya, tidak semua peserta dapat hadir secara rutin kerana hari cuti yang berbeza, dan ada kalanya, perlu meminta izin dan kesepakatan dengan majikan mereka,” jelas Ustazah Kemala, 50 tahun.

Beliau tersenarai di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) dan kini sedang melanjutkan pengajian pada peringkat sarjana muda. Selain itu, Ustazah Kemala juga berharap dapat terus menimba ilmu dan mencurahkan dan berkongsi segala pengetahuan kepada murid-muridnya.

“Saat ini, saya masih meneruskan pembelajaran untuk mendapatkan Sarjana Muda Pengajian Islam di Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri. Selain itu, saya juga ingin terus memperbaiki dan menjaga bacaan secara bertalaqqi dan belajar Bahasa Arab dengan lebih baik lagi.


“Dengan mengajarkan Al-Quran membuat saya berjumpa dengan ramai orang daripada pelbagai latar belakang, peringkat umur, karakter, latar belakang pendidikan, latar belakang ekonomi, dan dengan kehidupan yang berbeza. Saya mempunyai pelajar yang sudah mencecah usia 70 tahun lebih, namun menunjukkan minat yang sangat kuat untuk mendalami Al-Quran,” kata ibu empat anak ini dengan lembut.

Beliau turut berkata mempelajari Al-Quran mampu memberikan kepuasan kepada semua yang mengamal dan mengajarkannya.

“Al-Quran adalah panduan hidup dan ada keberkatan dalam menyampaikan ilmu Al-Quran, tidak hanya bagi kehidupan dunia sahaja bahkan kehidupan setelah mati,” tambahnya yang kini sudah pun menjadi warga Singapura.

HULUR BANTUAN


Anda boleh menghulurkan bantuan melalui:

1. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa DBS 017-903204-0. WhatsApp ke talian 9030-7057 untuk mendapatkan resit. Tulis nama anda / zakat atau derma.

2. PayNow kepada UEN T06SS0040C. Di ruang ‘rujukan’ sila tulis nama anda /zakat atau derma.

3. Untuk keterangan lanjut, lungsuri laman pergeraq.sg, atau e-mel kepada pergeragsgp@gmail.com.

4. Pergeraq terletak di 218E Changi Road, #03-10 PKMS Building, Singapura 419737.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >