Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

20 perkara tentang PM Lee

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

20 perkara tentang PM Lee

Apr 19, 2024 | 12:54 PM



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah menerajui pucuk pimpinan Singapura selama 20 tahun sejak 2004. Berita Harian menyenaraikan 20 perkara menarik mengenai Encik Lee.


1. Encik Lee lahir di Hospital Kandang Kerbau.

2. Tarikh lahir Encik Lee ialah pada 10 Februari 1952.

3. Encik Lee ialah anak sulung kepada Perdana Menteri pertama Singapura, mendiang Encik Lee Kuan Yew. Encik Lee mempunyai dua adik-beradik, Cik Lee Wei Ling dan Encik Lee Hsien Yang.

4. Pada tahun-tahun awal pendidikannya, Encik Lee menuntut di Sekolah Rendah Nanyang, Sekolah Tinggi Catholic dan Maktab Rendah Kebangsaan.

5. Encik Lee dianugerahkan Biasiswa Presiden dan Biasiswa Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

6. Encik Lee menamatkan pengajian di Universiti Cambridge pada 1974 sebagai Senior Wrangler iaitu Mahasiswa Matematik Terbaik dalam kursus Mathematics Tripos dan Diploma dalam Sains Komputer (dengan Kepujian).

7. Encik Lee pernah bermain alat muzik, klarinet, dalam kumpulan pancaragam di Sekolah Tinggi Catholic pada 1968.

8. Encik Lee berkhidmat dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) antara 1971 dengan 1984, dan beroleh pangkat Brigadier-Jeneral. Beliau juga Brigadier-Jeneral paling muda dalam sejarah Singapura setelah dinaikkan pangkat pada Julai 1983.

9. Encik Lee memimpin operasi menyelamat kemalangan maut kereta kabel Sentosa pada 1983.

10. Encik Lee berkahwin dua kali. Beliau berkahwin dengan Dr Wong Ming Yang pada 1978, dan menjadi duda pada 1982 apabila isterinya meninggal dunia. Beliau kemudian berkahwin dengan Cik Ho Ching pada 1985. Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan dan tiga anak lelaki.

11. Encik Lee boleh bertutur dalam empat bahasa. Selain bahasa Inggeris dan Mandarin, beliau juga fasih berbahasa Melayu – seperti dalam ucapannya di Rapat Hari Kebangsaan – dan juga bahasa Russia.

12. Dalam wawancara dengan BH pada 2003, Encik Lee mendedahkan bahawa beliau membaca akhbar bahasa Melayu setiap hari. Tetapi kerana beliau tidak dapat bertutur bahasa itu secara kerap, beliau masih perlu berlatih dan meningkatkan kemahirannya sebelum menyampaikan ucapan dalam bahasa Melayu.

13. Encik Lee telah bertanding dan memenangi empat Pilihan Raya Umum sebagai Perdana Menteri pada Mei 2006 (66.6 peratus); Mei 2011 (60.1 peratus); September 2015 (69.9 peratus) dan Julai 2020 (61.2 peratus).

14. Encik Lee ialah perdana menteri kedua yang paling lama berkhidmat di Singapura, selepas bapanya, mendiang Encik Lee Kuan Yew. Encik Lee Kuan Yew dilantik sebagai perdana menteri pertama Singapura selama 25 tahun pada 1965 hingga 1990.

15. Jika Encik Lee bukan perdana menteri, beliau mungkin menjadi seorang guru atau pensyarah.

16. Encik Lee menentang barah sebanyak dua kali. Beliau didiagnosis dengan limfoma pada 1992 tetapi kemudian berkurang (remisi) pada April 1993. Pada 2015, Encik Lee disahkan menghidap barah prostat dan menjalani pembedahan untuk membuang kelenjar prostatnya.

17. Encik Lee ialah perdana menteri pertama Singapura yang mempunyai menteri kabinet wanita. Cik Lim Hwee Hua menjadi wanita pertama dilantik menteri penuh dalam kabinet Singapura pada 2009.

18. Encik Lee ialah perdana menteri pertama Singapura membuat permohonan maaf secara terbuka. Malah, beliau melakukannya dua kali pada 2011 dan 2017. Beliau meminta maaf secara terbuka semasa Pilihan Raya Umum 2011, menyusuli tahap ketidakpuasan hati ramai terhadap pemerintah adalah tinggi. Permohonan maaf kedua muncul di tengah-tengah saga 38 Oxley Road, ketika isu keluarganya menjadi tumpuan ramai.

19. Encik Lee menerima gaji tertinggi berbanding pemimpin pemerintah yang lain. Menurut Tinjauan Populasi Dunia, beliau peroleh kira-kira $2.2 juta setiap tahun, lebih tinggi daripada pendapatan Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, AS$400,000 ($545,736). Gaji Encik Lee juga 12 kali ganda daripada Presiden Russia, Encik Vladimir Putin.

20. Encik Lee suka membaca, fotografi, berjalan, mendengar muzik klasik dan pemprograman komputer.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >