Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

113 keluarga terima habuan Masjid Mujahidin sempena Ramadan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

113 keluarga terima habuan Masjid Mujahidin sempena Ramadan

Mar 03, 2024 | 05:12 PM



Seramai 113 keluarga yang tinggal di Queenstown telah menerima habuan sempena menyambut bulan Ramadan yang bakal menjelang.

Pada 3 Mac, masjid itu dengan kerjasama kumpulan minat berbasikal setempat, Ride of Hope, mengagihkan habuan kepada penerima zakat di enam kawasan – Ghim Moh, Holland Close, Commonwealth, Stirling, Meiling dan Margaret Drive – dalam satu program yang dinamakan Projek Berkah 2024.

Habuan yang diberikan termasuk beras, minyak masak, sos dan biskut.

Turut hadir di acara itu ialah Setiausaha Parlimen Kanan (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga) dan Anggota Parlimen GRC Tanjong Pagar (Queenstown), Encik Eric Chua, dan pengerusi eksekutif Masjid Mujahidin, Encik Iskandar Yuen Abdullah.

Encik Iskandar berkata tujuan inisiatif itu adalah untuk bekerjasama dengan pertubuhan yang ingin membantu golongan susah.

“Kumpulan penerima adalah sama tetapi dengan melibatkan pertubuhan lain, kami mempunyai akses sumber yang lebih besar,” jelasnya ketika dihubungi Berita Harian (BH).


Beliau juga berkongsi bahawa ramai penerima zakatnya sama ada menghidap penyakit kronik, merupakan ibu bapa tunggal, mempunyai ramai anak dan berpendapatan rendah. 

“Dengan mendekati mereka, kami berharap dapat mengurangkan sedikit kesukaran mereka untuk mendapatkan barangan runcit ini sendiri,” tambah Encik Iskandar.

Masjid Mujahidin juga mengambil peluang pengahihan itu untuk memperkenalkan programnya yang mungkin dapat memenuhi keperluan lain mereka. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >