Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy yakin golongan karyawan akan tampil sebagai relawan MAEC

Sep 04, 2018 | 05:30 AM



Baru-baru ini, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menggesa Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) agar menganjurkan program melebihi kegiatan budaya dan seni yang sering dikaitkan dengan jawatankuasa itu. Ikuti laporan wartawan kami, NORMAN SAWI (normans@sph.com.sg) dan SITI AISYAH NORDIN (naisyah@sph.com.sg) yang memaparkan usaha dua MAEC yang sedang berubah untuk berdepan dengan cabaran baru ini.



ANTARA cabaran dalam menambah keupayaan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) adalah mendapatkan relawan daripada golongan karyawan.



Namun, penasihat pertubuhan akar umbi di Keat Hong dan Marsiling, Encik Zaqy Mohamad, berkata beliau yakin, sokongan dan sumber yang bertambah bagi MAEC menjalankan program yang relevan dan memenuhi keperluan penduduk, dapat menarik relawan baru.



"Maklum balas yang saya terima adalah positif dan aktivis akar umbi berkata mereka yakin dapat melahirkan program lebih baik untuk masyarakat dan memikat tenaga baru daripada pelbagai lapisan masyarakat," ujar beliau.



Sependapat dengannya, pengerusi MAEC Marsiling, Cik Rahidah Mohd Noor, akur sumbangan daripada pelbagai lapisan masyarakat diperlukan untuk menjayakan sebarang kegiatan yang dianjurkan MAEC.



"Setiap relawan mempunyai kekuatan mereka sendiri.'' kata Cik Rahidah.



Bercakap kepada wartawan pada Hari Raya Aidiladha lalu, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata masyarakat Muslim di Singapura boleh menambah kepada kemajuan yang dicapai selama lima dekad yang lalu jika lebih ramai anggota masyarakat yang telah berjaya meluangkan masa dan memberi sumbangan secara sukarela.



Antara perkara pertama yang dilakukan Encik Masagos awal tahun ini selepas dilantik sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam adalah untuk menubuhkan majlis penasihat Mesra yang dianggotai 20 individu daripada pelbagai bidang seperti perubatan, ketenteraan dan perkhidmatan awam.



Awal bulan ini, Mesra@Tampines juga dibentuk bagi menyelaras usaha lima MAEC di sana.



Menulis di Facebook, Encik Masagos berkata Mesra@Tampines akan diterajui oleh karyawan dan pemimpin masyarakat Melayu/Islam, dan setiap seorang dengan kepakaran masing-masing.



"Kami akan bekerjasama dengan rangkaian M³ untuk menjalankan program yang lebih berkesan kepada penduduk," kata beliau yang juga Anggota Parlimen GRC Tampines.



Tanda awal mesej ini telah 'dijiwai' oleh beberapa MAEC adalah menggalakkan.



Baru-baru ini, MAEC Siglap menganjurkan sesi dialog bersama Menteri Negara Kanan (Pertahanan dan Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, untuk membincangkan isu-isu dan pengumuman pemerintah di Rapat Hari Kebangsaan (NDR) 2018.



Bulan lalu, MAEC Marsiling pula bekerjasama dengan Masjid An-Nur dengan mengadakan acara 'Apa Kata Tok Kadi' - yang bertujuan mengupas isu yang dihadapi mempelai baru dan masalah rumah tangga lain, dalam keadaan santai.



Buat masa ini, terdapat 97 MAEC berpangkalan di kelab masyarakat di serata Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >