MAJLIS Penasihat Perhubungan Masyarakat dalam Pertahanan (Accord) yang dipengerusikan bersama Menteri Negara Kanan Pertahanan Encik Heng Chee How dan Menteri Negara Kanan Pertahanan Encik Zaqy Mohamad semalam telah memberi penghargaan kepada 23 anggota yang mengundurkan diri dan 24 anggota baru yang dilantik.
Daripada 24 orang anggota baru itu, 23 terdiri daripada wanita, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef) semalam.