Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zainal: Peraduan pancing pererat ikatan keluarga, masyarakat

Dec 09, 2014 | 04:17 PM



PERTANDINGAN memancing anjuran FishingKaki.com, Singapore Surf Cast Club (SSCC) dengan kerjasama Berita Harian membantu mempererat ikatan antara anggota masyarakat dan hubungan kekeluargaan, kata Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Zainal Sapari.


"Saya berbesar hati Berita Harian telah berganding bahu dengan Singapore Surf Cast Club (SSCC) untuk mengadakan acara ini.


"Ini memberi peluang kepada Berita Harian mendekati para pembacanya. Ia juga memberi peluang kepada keluarga dan kawan-kawan untuk bersama mengeratkan tali silaturrahim yang saya rasa amatlah penting untuk kita mengadakan suasana hubungan baik dan harmoni."


Seramai 315 peserta, termasuk pemancing Malaysia, menyertai pertandingan memancing di pantai Pasir Ris Park pada Sabtu, 6 Disember lalu.


Acara bermula dari 9 pagi hingga 3 petang.


Hujan lebat berserta angin kencang tidak mematahkan semangat mereka untuk bertanding demi merebut hadiah pertama, berupa wang tunai $2,000 untuk tangkapan ikan paling berat.


Juara bagi kategori terbuka dimenangi oleh Encik Maa'rof Ngadirin dari Johor, yang berjaya menangkap seekor ikan pari seberat 1.8 kilogram. Beliau memenangi hadiah $2,000, trofi dan joran.


Cik Syafiqah Mohd Daud, 24 tahun, mendapat tempat pertama bagi kategori wanita dengan tangkapan ikan pari seberat 1.15 kilogram, sementara Mohamad Rifqi Safiy Mohd Indra, lapan tahun, memenangi kategori kanak-kanak.


Kededuanya memenangi hadiah $500, trofi dan joran bagi kategori masing-masing.


Mengulas tentang sambutan pertandingan yang julung-julung kali dianjurkan bersama oleh Berita Harian, Editor Digital, Encik Puad Ibrahim, berkata, ini merupakan kali pertama Berita Harian, SSCC dan FishingKaki.com mengadakan pertandingan bagi mendekati pembaca.


"Alhamdulillah acara ini berjalan lancar," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >