SOKONGAN pemerintah sejak 50 tahun lalu membolehkan bahasa Melayu terus hidup meskipun bahasa Inggeris digunakan secara meluas di sini.
Malah, sokongan pemerintah bagi memastikan bahasa ibunda dapat terus berkembang di sini penting kerana ia berkait rapat dengan identiti Singapura, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.