MENTERI Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, berkata pemerintah tidak akan membenarkan majalah satira Charlie Hebdo yang memaparkan karikatur diedar di Singapura.
Oleh itu, beliau menghargai dan memuji keputusan syarikat percetakan Times Printers Pte Ltd yang tidak mencetak semula karikatur Nabi Muhammad di muka depan majalah satira Charlie Hebdo dalam majalah mingguan The Economist di Singapura.