Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WP perkenal tiga calon terakhir

Sep 01, 2015 | 04:00 PM



KUMPULAN kelima dan terakhir calon Parti Pekerja (WP) bagi pilihan raya umum kali ini didedahkan di ibu pejabat parti itu di Syed Alwi Road petang ini (31 Ogos).


Pengerusi WP, Cik Sylvia Lim, dan Anggota Parlimen (AP) Hougang, Encik Png Eng Huat, memperkenal tiga calon - dua daripada mereka muka baru - untuk melengkapkan senarai 28 calon bagi pilihan raya pada 11 September.


Mereka ialah pekerja sosial perubatan Frieda Chan, 39 tahun; eksekutif syarikat perkhidmatan pengebumian Bernard Chen, 29 tahun; dan ketua pegawai kesekutif firm penyelidikan dan perunding cara Leon Perera, 44.


Dengan ini, 19 nama telah diumum WP sebagai calonnya.


Bagaimanapun, parti itu belum menyatakan di mana mereka akan bertanding, yang dijangka diketahui hanya pada Hari Penamaan Calon esok.


WP menyatakan sebelum ini bahawa tujuh Anggota Parlimennya akan mempertahan kerusi masing-masing.


Mereka ialah Encik Low Thia Khiang, Cik Lim, Encik Chen Show Mao, Encik Pritam Singh, serta Encik Muhamad Faisal Abdul Manap di GRC Aljunied; Encik Png di kawasan undi perseorangan (SMC) Hougang; dan Cik Lee Li Lian, di SMC Punggol East.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >