LEBIH 2.3 juta orang menghadiri lebih 100 acara di Wisma Geylang Serai (WGS) sejak pembukaanya setahun lalu, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.
Memberikan penilaiannya mengenai perkembangan WGS sempena ulang tahun pertamanya bulan ini, Dr Maliki, yang juga Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, berkata WGS telah menjadi sebuah pusat sivik dan kerap bekerjasama dengan pelbagai agensi pemerintah dan persatuan.