WARGA Singapura, Cik Megan Loy, yang cedera dalam kebakaran di taman permainan air di Taipei, Taiwan, Sabtu lalu kembali ke Singapura awal pagi semalam dan dibawa langsung dari Lapangan Terbang Changi ke Hospital Besar Singapura (SGH).
Belia berusia 18 tahun itu, yang ditemani bapanya, Encik Joseph Loy, dibalut seluruh tubuh semasa tiba di hospital.