Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita Malaysia tawar jadi 'hamba seks' pada militan ISIS

Aug 27, 2014 | 05:18 PM



KUALA LUMPUR - Tiga wanita Malaysia dikatakan telah pergi ke Timur Tengah untuk menjadi 'hamba seks' bagi para militan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), kata para pegawai kanan perisikan.


Jihad Al-Nikah, atau jihad seks, merujuk kepada wanita-wanita yang menyertai perjuangan kumpulan itu dengan menawarkan khidmat seks kepada para militan ISIS demi meningkatkan moral mereka.


"Wanita-wanita ini dipercayai telah menawarkan diri mereka dengan memainkan peranan sebagai hamba seks kepada militan-militan ISIS yang sedang cuba mewujudkan pemerintahan Islam di Timur Tengah.


"Konsep ini mungkin kelihatan kontroversial tetapi ia timbul selepas beberapa wanita Muslim di sini menunjukkan rasa simpati terhadap perjuangan ISIS," kata seorang pegawai perisikan, yang mahu namanya tidak disiarkan, kepada laman web The Malaysian Insider.


Salah seorang wanita itu, yang berusia 30-an tahun, telah pergi ke Turkey Disember lalu untuk menemui orang tengah yang membantunya meneruskan perjalanannya ke Syria melalui jalan darat, kata pegawai itu.


Seorang lagi yang berusia 40-an tahun dipercayai telah pun berada bersama kumpulam ISIS sekitar April lalu, tambahnya.


Selain tiga warga Malaysia ini, wanita-wanita Sunni dari Australia dan United Kingdom juga telah menyertai ISIS, lapor laman berkenaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >