Topik diikuti
Pergi ke BHkuWalau 'jauh di mata tetapi dekat di hati' sempena Raya ini
Presiden Halimah puji masyarakat Islam tetap utamakan tanggungjawab demi keselamatan semua
RAYA TAHUN LALU: Presiden Halimah bersama cucunya semasa sambutan Hari Raya tahun lalu. - Foto HALIMAH YACOB / FACEBOOK -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
May 24, 2020 | 5:30 AM
PRESIDEN Halimah Yacob memuji masyarakat Islam yang dalam menjalankan kewajipan berpuasa dan bersolat, tetap mementingkan tanggungjawab sebagai rakyat Singapura demi memastikan keselamatan keluarga dan masyarakat dengan mematuhi pelbagai langkah-langkah kawalan dan jarak selamat.
Dalam catatannya di Facebook semalam, beliau juga percaya Hari Raya tahun ini biarpun disambut sederhana, akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan memandangkan acara ziarah-menziarah tidak dapat dilakukan kali ini.
