Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ustaz Mohamed dilantik anggota Jawatankuasa Masyarakat dan Jawatankuasa Kecil Masyarakat Melayu

Aug 16, 2023 | 09:30 PM



Pengerusi Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) Ustaz Dr Mohamed Ali telah dilantik selaku anggota Jawatankuasa Masyarakat dan Jawatankuasa Kecil Masyarakat Melayu pada 15 Ogos, menggantikan mantan presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Mohammad Alami Musa, yang meletak jawatan.

Peletakan jawatan Encik Mohammad Alami itu telah diserahkan kepada pengerusi Jawatankuasa Masyarakat, menurut satu kenyataan bersama Jabatan Pilihan Raya (ELD) dan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Rabu.

Selain Ustaz Dr Mohamed Ali, anggota lain Jawatankuasa Kecil Masyarakat Melayu adalah Presiden Muis, Encik Sa’at Abdul Rahman, yang juga pengerusi jawatankuasa tersebut; mantan Ketua Kumpulan Akademik Bahasa & Budaya Asia di Institut Pendidikan Nasional (NIE)/Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Dr Hadijah Rahmat; mantan presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Rahayu Mohamad; dan pengamat politik, Encik Zulkifli Baharudin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >