BAGI menggalak lebih ramai peniaga melaksanakan inisiatif digital, Dewan Perniagaan dan Perusahaan India Singapura (SICCI) menandatangani perjanjian agar syarikat kecil dan sederhana (SME) di Little India menggunakan teknologi digital di samping mengaup peluang pertumbuhan.
SICCI telah menandatangani perjanjian niat (MOI) dengan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), Enterprise Singapore (ESG) dan Persatuan Pekedai dan Warisan Little India (Lisha).