ORANG ramai dinasihatkan agar tidak beratur dalam barisan menuju ke bangunan Parlimen untuk memberi penghormatan terakhir mereka kepada mendiang Encik Lee Kuan Yew.
Mereka digesa agar menantikan maklumat terkini.
Sehingga 5 pagi tadi waktu menunggu dianggar sekitar lapan jam.
Waktu tersebut dikurangkan sedikit kepada tujuh jam menjelang 7 pagi tapi naik semula kepada lapan jam sehingga 8 pagi tadi.
Sementara itu orang ramai dinasihatkan agar melawat tapak-tapak masyarakat di 18 lokasi berasingan di merata pulau.
Maklumat terkini juga boleh diperolehi di www.rememberingleekuanyew.sg.