Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tipu tiket konsert: 54 peminat Taylor Swift rugi lebih $45,000

Jul 15, 2023 | 06:28 PM



Beliau merupakan mangsa penipuan tiket konsert sembilan tahun lalu, tetapi didorong rasa terdesak untuk mendapatkan dua tiket ke konsert Taylor Swift pada Mac depan, beliau membayar $700 kepada “penjual semula” di Carousell.

Menyangka beliau mendapat tawaran yang baik untuk dua tiket Kategori 3 bernilai $288 setiap satu, Anna (bukan nama sebenar), 30 tahun, mengucapkan terima kasih kepada “penjual semula” itu.

Ghairah mendapatkan tiket dan memberi kejutan kepada teman lelakinya, peminat tegar Swift itu hanya menyedari beliau telah ditipu buat kali kedua apabila “penjual semula” itu tidak dihubungi selepas menerima bayaran.

Anna, seorang eksekutif pentadbiran, ialah salah seorang daripada sekurang-kurangnya 54 mangsa yang kehilangan lebih daripada $45,000 dalam masa kurang seminggu, kerana menyangka mereka telah membeli tiket ke The Eras Tour Swift.


Ia akan diadakan selama enam malam di Stadium Nasional, dari 2 hingga 4 Mac dan 7 hingga 9 Mac 2024.

Kira-kira 300,000 peminat dijangka hadir dan tiketnya yang berharga antara $88 dan $1,228 habis dijual dalam tempoh dua hari jualan.

Mendedahkan angka penipuan itu kepada The Straits Times, polis berkata dengan lebih banyak artis yang mengumumkan tarikh konsert di Singapura tahun ini, terdapat kebangkitan semula penipuan yang melibatkan penjualan tiket konsert.


Mereka berkata angka terkini menunjukkan bahawa hingga 10 Julai lalu sekurang-kurangnya 522 individu menjadi mangsa penipuan sedemikian pada 2023, dengan mangsa kerugian sekurang-kurangnya $518,000.

Ini adalah lebih daripada 199 mangsa yang ditipu dalam penipuan sedemikian pada keseluruhan tahun 2022.

Jumlah kerugian daripada penipuan pada 2023 sejauh ini hampir tiga kali ganda berbanding $175,000 yang hilang akibat penipuan yang sama pada keseluruhan tahun 2022.

Polis berkata Twitter adalah platform paling biasa di mana peminat menjadi mangsa penipuan tiket konsert Taylor Swift. Platform lain yang digunakan penipu termasuk Carousell, Xiaohongshu, Telegram dan Facebook.

Polis berkata: “Dengan ramai pelanggan tidak menyangka boleh menjadi mangsa penipuan e-dagang yang melibatkan tiket konsert kebelakangan ini, polis telah menggariskan kepada Carousell dan platform lain seperti Twitter dan Meta mengenai kebimbangan yang semakin meningkat tentang penipuan yang timbul daripada penjualan semula tiket konsert.”

Polis telah menasihatkan orang ramai untuk memeriksa laman web rasmi syarikat, reviu dan penilaian dalam talian penjual, serta mengelak daripada membuat bayaran pendahuluan atau pindahan bank terus kepada orang yang tidak dikenali atau mereka yang tidak ditemui secara langsung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >