Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tinjauan: Kian ramai di SG menjadi mangsa penjenayah siber

Jun 29, 2021 | 05:30 AM



LEBIH ramai orang di Singapura telah menjadi mangsa penjenayah siber tahun lalu, termasuk apabila akaun dalam talian mereka dicerobohi, menurut satu tinjauan pemerintah.



Malah, meskipun lebih ramai orang kini lebih sedar terhadap bahaya dan kesan serangan siber seperti, peras ugut menggunakan sofwe atau ransomware - yang mengunci fail mereka sehingga mereka mambayar wang tebusan - ramai yang masih bertanggapan mereka tidak akan menjadi mangsa.



Hampir empat daripada 10 orang di sini, atau sekitar 37 peratus, melaporkan menjadi mangsa dalam sekurang-kurangnya sejenis insiden keselamatan siber tahun lalu, menurut hasil Tinjauan Kesedaran tentang Keselamatan Siber yang dilaksanakan oleh Agensi Keselamatan Siber (CSA) yang diterbitkan semalam.



Kadar itu merupakan peningkatan berbanding hampir tiga dalam 10 orang atau 28 peratus pada 2019.



Tiga serangan siber paling sering berlaku yang dilaporkan peserta dalam tinjauan itu adalah:



  • Percubaan mengakses akaun tanpa kebenaran;

  • Akaun yang dicerobohi dan digunakan untuk menghubungi orang lain; dan

  • Dihalang daripada menggunakan akaun yang dikunci penceroboh.

Meskipun pandemik Covid-19 telah menyebabkan lebih banyak kegiatan harian dilakukan secara digital, Ketua Eksekutif CSA, Encik David Koh berkata adalah "penting untuk kita sedar dan mengamalkan sikap berwaspada di alam siber untuk memastikan kita selamat di dalam talian memandangkan kita lebih kerap menggunakan kemudahan digital."



Beliau berkata, walaupun tinjauan CSA itu menunjukkan lebih ramai orang sedar terhadap ancaman siber, ramai yang masih percaya mereka tidak akan menjadi sasaran penjenayah siber.



Tinjauan yang dilakukan di dalam talian pada Disember lalu itu melibatkan sekitar 1,000 warga dan penduduk tetap juga mendapati kegiatan pancing data atau phishing telah meningkat.



Sebanyak 72 peratus peserta berkata mereka tahu apa itu pancing data - iaitu perbuatan penceroboh yang menyamar sebagai orang lain untuk menipu mangsa agar berkongsi maklumat peribadi mereka. Perangkaan itu naik daripada 66 peratus pada 2019.



Lebih ramai orang juga lebih berupaya mengenal pasti e-mel yang bertujuan memancing maklumat, dengan 73 peratus yang menyatakan mereka berupaya mengenal pasti dengan tepat lebih separuh e-mel yang ditunjukkan kepada mereka merupakan e-mel pancing data.



Bilangan ini lebih tinggi berbanding 2019, apabila 61 peratus orang berkata sedemikian.



Sikap prihatin terhadap ancaman keselamatan siber kekal tinggi dan bertambah sedikit dalam kalangan peserta tinjauan itu, pada kadar satu mata peratusan hingga tiga peratusan mata bagi semua jenis ancaman.



Namun, bilangan orang yang menyangka mereka akan menjadi sasaran adalah lebih rendah, meskipun ada peningkatan antara tiga peratusan mata hingga enam mata peratusan bagi kategori ini, menurut tinjauan tersebut.



Misalnya, 85 peratus peserta bersikap prihatin secara sederhana atau berasa teramat prihatin tentang maklumat kewangan yang boleh diperolehi orang lain tanpa kebenaran mereka pada tahun lalu, lebih tinggi berbanding 82 peratus pada tahun sebelumnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >