Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Teroka idea tingkat sokongan bagi pekerja gaji rendah

Fahmi: Masyarakat dilibatkan dalam usaha Perikatan untuk Bertindak (AfA) bagi Pekerja Bergaji Rendah
May 23, 2021 | 05:30 AM



ORANG awam akan mempunyai lebih banyak peluang untuk terlibat dalam inisiatif masyarakat, sedang beberapa idea sekarang diteroka bagi memberi lebih banyak sokongan kepada pekerja bergaji rendah.



Peluang ini akan ditawarkan di bawah usaha Perikatan untuk Bertindak (AfA) bagi Pekerja Bergaji Rendah (LWW), yang bertujuan meningkatkan sekitaran kerja bagi pekerja bergaji rendah, menggalak orang awam menghargai kerja mereka, dan membantu mereka meningkatkan kemahiran.



Anggota Parlimen buruh, Encik Fahmi Aliman, yang juga terlibat dalam perbincangan AfA itu, berkata antara idea yang telah diteroka ialah melibatkan kanak-kanak untuk mencipta reka bentuk kawasan rehat bagi pekerja perkhidmatan penting.



Satu lagi idea ialah melibatkan pekerja yang disumber luar dalam dialog antara pihak pengurusan dan pekerja.



"Tujuannya ialah supaya idea seperti itu diubah menjadi tindakan yang boleh dilaksana untuk memberi manfaat kepada pekerja bergaji rendah," kata Encik Fahmi dalam satu wawancara bersama Berita Harian/Berita Minggu.



Beliau Pengarah, Operasi dan Mobilisasi, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), jawatan yang disandangnya sejak sekitar setahun lalu.



Sebelum menyertai bidang politik, Encik Fahmi timbalan ketua eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan mantan pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) berpangkat kolonel.



Wawancara itu antara lain turut membincangkan keperluan meningkatkan gaji pekerja pembersihan, serta sokongan lebih kukuh bagi pekerja bergaji rendah.



AfA bagi LWW itu melibatkan pelbagai pihak berkepentingan daripada sektor awam hingga privet yang bergabung tenaga untuk memberi sokongan lebih menyeluruh bagi pekerja itu.



Di bawah AfA bagi LWW, beberapa bengkel akan diadakan sepanjang beberapa bulan ini untuk memulakan inisiatif masyarakat bagi menyokong pekerja bergaji rendah.



Bengkel pertama diadakan Mac lalu, dan turut dihadiri Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.



Satu lagi aspek sokongan yang telah diperkukuh bagi pekerja bergaji rendah baru-baru ini ialah peruntukan tempat rehat.



Di bawah satu Geran Jagaan Pekerja (Workcare) yang dilancarkan pada 15 Mei, pemilik bangunan dan pembeli khidmat boleh memanfaatkan dana itu untuk menyediakan tempat rehat bagi pekerja pembersihan dan pegawai keselamatan yang disumber luar.



Geran itu akan membiayai hingga 80 peratus kos mewujudkan kawasan rehat baru, dihadkan kepada $8,000.



Jika kawasan rehat sudah tersedia dan hanya kerja meningkatkannya dilakukan, hadnya ialah $3,000.



Kawasan rehat itu perlu memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 10 pekerja bergaji rendah, termasuk pekerja pembersihan dan pegawai keselamatan.



Inisiatif ini antara pelbagai langkah yang diambil untuk meningkatkan sekitaran kerja bagi pekerja bergaji rendah, kata Encik Fahmi.



"Ini satu langkah mudah untuk memberi pekerja yang disumber luar ruang bagi mereka berehat dan makan. Ini satu inisiatif yang baik.



"Harap-harap kita boleh terus ambil tindakan yang sewajarnya, dan menggalak pembeli khidmat menyediakan ruang itu," kata Encik Fahmi, yang turut menggesa peruntukan ruang itu dalam ucapan semasa perbahasan Belanjawan pada Februari lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >