USIANYA baru 15 tahun, namun pelajar menengah empat ini sudah giat menjelajah dunia membuat penyampaian demi penyampaian berkenaan sains kepada para saintis di peringkat antarabangsa.
Kini, Chan Hsi-Min dari Sekolah Perempuan Raffles (RGS) mencatatkan satu lagi pencapaian emas - dia meraih Anugerah Emas bagi Pesta Sains dan Kejuruteraan Singapura (SSEF) 2017 - antara acara sains paling berprestij di pulau ini.