Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘Tanggapan salah terbesar’ jika fikir rizab negara sentiasa cukup: PM Lee

Dengan keperluan perbelanjaan negara mengatasi pertumbuhan pendapatan, soal rizab jadi keprihatinan
Aug 16, 2023 | 04:55 PM



Singapura punya rizab mencukupi “untuk sebahagian besar keadaan”, tetapi ia adalah satu “tanggapan salah terbesar” jika memikirkan ia akan kekal sebegitu dengan keperluan perbelanjaan negara kini telah pun mengatasi pertumbuhan pendapatan, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Menurut Encik Lee, beliau juga “khuatir” tentang usaha berterusan dalam membangunkan rizab selama mungkin. Kepimpinan politik generasi keempat (4G) katanya, menyedari tentang keperluan perbelanjaan yang meningkat, serta perlunya Singapura menyediakan keperluan itu “secara mampan”.

Encik Lee membuat pendedahan ini dalam satu wawancara dengan siaran berita tempatan, CNA, berkenaan rizab negara. Wawancara ini adalah sebahagian daripada siri Singapore Reserves Revealed (Rizab Singapura Didedahkan).


Menyentuh tentang kedudukan rizab, Encik Lee menyifatkannya sebagai “satu sumber keselesaan dan jaminan penting” yang memberi Singapura “satu kad tambahan untuk dimainkan” jika ia berada dalam kedudukan mencabar.

Pemerintah tidak mendedahkan jumlah penuh rizab bagi melindungi kepentingan nasional dan mengelak serangan spekulatif ke atas dolar Singapura.

Ditanya tentang berapakah nilai rizab Singapura, Encik Lee berkata: “Saya tidak boleh menjawab soalan itu. Ia cukup bagi sebahagian besar keadaan. Ia cukup untuk memberi kita sokongan besar dalam Belanjawan setiap tahun, menyumbang kepada pendapatan pemerintah.”

Dalam wawancara itu, beliau menarik perhatian bahawa Singapura tidak akan mampu membina semula rizab negara jika ia habis digunakan, memandangkan pertumbuhan ekonomi kini semakin perlahan dan negara juga tidak mempunyai lebihan bajet yang besar, kata Encik Lee.

“Jika ia habis digunakan, ia tidak akan dapat dikembalikan semula. Ia habis terus. Sudah tidak dapat dibina lagi,” katanya dalam wawancara yang disiarkan pada Rabu.

Dalam tiga klip video, Encik Lee menyentuh tentang rizab negara, menghapuskan beberapa salah tanggapan serta memberi perincian mengenai perbelanjaan pemerintah serta pulangan pelaburannya.

Isu rizab Singapura serta cara pengurusannya menarik perhatian ramai sejak kebelakangan ini terutama sekali menjelang Pilihan Raya Presiden.

Presiden memegang “kunci” kedua bagi rizab negara, bermakna pemerintah perlu meminta izin dari presiden jika ia ingin menggunakan rizab negara.

Pendekatan unik Singapura terhadap pengurusan rizabnya dapat dilakukan memandangkan ia berupaya “mewujudkan (jawatan) presiden hanya bagi tujuan ini”, kata Encik Lee.

Beliau menekankan Singapura tidak mampu membangunkan semula rizabnya jika ia habis digunakan, memandangkan ekonomi kini tidak tumbuh pada kadar yang sama seperti pada tahun 1970-an atau 1980-an iaitu sebanyak 8-12 peratus tahun demi tahun.

Negara ini juga tidak lagi mempunyai lebihan bajet sekitar “5 peratus, kadangkala 10 peratus” daripada hasil dalam negeri kasar (GDP).

Dalam keadaan tersebut sebelum ini, Singapura mampu memperuntukkan sebahagian daripada bajet itu untuk keperluan masa depan, kata Encik Lee.

Namun, dalam keadaan hari ini, pertumbuhan semakin perlahan dan jangkaan serta keperluan Singapura semakin berkembang.

Singapura menggunakan rizabnya buat pertama kali pada 2009 dan mengeluarkan $4.9 bilion untuk membantu ekonomi mengharungi krisis kewangan global.

Lebih sedekad kemudian, Singapura sekali lagi menggunakan rizab – sebanyak tiga kali antara 2020 dengan 2022 sepanjang pandemik Covid-19 – dengan mengeluarkan sekitar $40 bilion secara keseluruhannya.

“Mujur kita mempunyai sumber dan mampu melakukannya. Ini satu kelebihan besar,” ujar Encik Lee.


Namun, ada di kalangan rakyat Singapura mempunyai salah tanggapan bahawa rizab “mencukupi”.


Beliau mengingatkan, pandemik Covid-19 “bukan perkara paling buruk yang boleh menimpa” Singapura.


“Seandainya tidak ada gangguan, saya tidak akan menyentuhnya. Seandainya (ekonomi) rancak dan saya mampu, saya menokoknya,” katanya.


Encik Lee menambah beliau ingin memupuk tabiat menokok rizab negara supaya generasi seterusnya berada dalam keadaan lebih terjamin berbanding sekarang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >