SEMASA tempoh pemutus rantaian jangkitan, beberapa kanak-kanak yang tetap dihantar ke prasekolah kerana ibu bapa mereka bekerja dalam perkhidmatan penting telah pun mula menyesuaikan diri dengan norma-norma baru - sesuai dengan langkah-langkah jarak selamat yang dikuatkuasakan pemerintah.
Berkongsi apa yang dilakukan prasekolahnya di PCF Sparkletots @ Nee Soon South Blok 852, Pengetua Pusat, Cik Surizah Sopyan, berkata kanak-kanak telah pun mula menyesuaikan diri dengan mengenakan pelitup di samping mematuhi garis panduan jarak selamat yang telah ditetapkan para guru.