Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sylvia cuba matikan 'mitos' mengenai AHPETC

Sep 03, 2015 | 10:29 AM



PENGERUSI Parti Pekerja (WP), Cik Sylvia Lim, menggunakan rapat pertama partinya pada malam Rabu (2 Sep) untuk cuba mematikan empat kepalsuan mengenai majlis bandarannya yang menurut beliau Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah sebarkan.


Bertentangan dengan apa yang PAP katakan, Majlis Bandaran Aljunied-Hougang-Punggol East (AHPETC) tidak menghadapi masalah kewangan dan lebih daripada mampu memenuhi keperluan penduduk, ujarnya.


Cik Lim berkata sepanjang empat tahun lepas, majlis bandaran yang beliau pengerusikan itu memenuhi dada akhbar tetapi banyak daripada apa yang diperkata tidak benar.


Beliau berkata majlis bandaran itu tidak menghadapi masalah kewangan dan boleh mengekalkan perkhidmatannya.


"Setelah melakukan perbelanjaan "penting tetapi perlu" pada tahun-tahun awal, ia telah mengubah keadaan dengan menaikkan pendapatannya dan menggunakan tenaga yang dibeli di bawah satu pelan harga di estet-estetnya, tambah beliau.


Dan walaupun akaun teraudit terkini AHPETC bagi tahun kewangan 2014/2015 menunjukkan ia mengalami defisit, ini kerana Kementerian Pembangunan Negara (MND) telah menahan geran untuk majlis bandaran itu.


Jika geran $7.2 juta itu diambil kira, ia mempunyai lebihan operasi sebanyak $1.7 juta, katanya.


Cik Lim juga menegaskan parti itu tidak menggunakan majlis bandaran tersebut untuk memperkayakan "kawan"nya. Beliau merujuk kepada syarikat FM Solutions and Services (FMSS), ejen pengurusan AHPETC dari 2011 hingga Julai lalu.


Syarikat itu dikatakan dimiliki penyokong WP.


Cik Lim berkata AHPETC tidak mengkhaskan kontrak bagi syarikat itu atau membenarkan pemilik syarikat tersebut menandatangani cek kepada diri mereka sendiri. Juga tidak ia membayar syarikat itu berlebihan, tambah beliau.


Pemilik FMSS juga merupakan pegawai-pegawai utama AHPETC dan Pejabat Ketua Audit Negara (AGO) telah menarik perhatian tentang urus niaga pihak ketiga melibatkan mereka sebagai kesilapan serius.


Bagaimanapun, Cik Lim berkata semua cek bagi syarikat itu ditandatangan juga oleh beliau, atau dua naib pengerusi AHPECT, Encik Pritam Singh dan Encik Png Eng Huat.


Mengenai isu bayaran berlebihan, Cik Lim berkata: "Dakwaan ini tidak dibuat oleh AGO atau juruaudit. Ia mantera PAP dan MND (Kementerian Pembangunan Negara)."


Kontrak ejen pengurusan dari 2012-2015 telah dikaji semula oleh tiga juruaudit, yang semuanya mendapati ia betul, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >