Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Swee Keat: Warga perlu pilih siapa berkhidmat lebih baik

Respons terhadap pengumuman mantan AP PAP Tan Cheng Bok bentuk parti politik baru
Jan 21, 2019 | 05:30 AM



WARGA Singapura perlu memutuskan sendiri siapa yang dapat berkhidmat dan mewakili kepentingan mereka dengan lebih baik.



Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata demikian sebagai respons kepada pengumuman mantan Anggota Parlimen (AP) parti pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP), Dr Tan Cheng Bock, yang mahu kembali ke arena politik.



Menurut Encik Heng, keputusan Dr Tan membentuk parti politik baru bukanlah sesuatu yang tidak dijangka.



"Warga Singapura perlu membuat keputusan mengenai siapa yang dapat berkhidmat dengan lebih baik buat mereka dan saya serahkan penilaian itu kepada warga," ujarnya, yang ditukil akhbar The Straits Times (ST).



Beliau diminta mengulas perkara tersebut ketika menghadiri acara kemasyarakatan di Tampines semalam.



Encik Heng, yang juga penolong setiausaha agung pertama PAP, ialah pemimpin pertama parti pemerintah yang mengulas mengenai pengumuman Dr Tan itu.



Pilihan raya umum seterusnya mesti diadakan selewat-lewatnya pada April 2021.



Dr Tan, 78 tahun, berkata dalam catatan di Facebook Jumaat lalu bahawa beliau dan 11 lagi "warga Singapura yang sehaluan", termasuk bekas anggota PAP lain, telah memfailkan permohonan kepada Pendaftar Persatuan untuk membentuk Parti Kemajuan Singapura (Progress Singapore Party).



Dr Tan, AP selama enam penggal yang bersara daripada dunia politik pada 2006, juga tewas dalam pilihan raya presiden 2011 kepada Dr Tony Tan Keng Yam.



Dalam pada itu, seorang lagi pemimpin PAP, Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, menulis di Facebook semalam mengenai pertemuannya dengan Dr Tan.



Menurutnya, beliau berjalan melawat penduduk kelmarin di pusat penjaja dan kedai kopi Chong Pang apabila terserempak dengan Dr Tan.



"Saya menyapanya. Kemudian, saya terserempak Dr Tan lagi dan kami bergambar. Saya memberitahu Dr Tan agar datang lagi secara lebih kerap.



"Saya beritahu ini kepada ramai orang - baik bagi peniaga di Chong Pang," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >