JIKA seorang wanita boleh memilih tempat lahir, beliau wajar memilih Singapura.
Dalam ucapan di jamuan malam Hari Wanita Sedunia anjuran Majlis Pertubuhan Sokongan Wanita (SCWO), Speaker Parlimen Halimah Yacob berkata pencapaian wanita di Singapura cemerlang hanya dalam tempoh 50 tahun dan hak-hak yang dinikmati wanita hari ini kebanyakannya ialah hasil sumbangan mendiang Encik Lee Kuan Yew.