Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

'Sudah Divaksinasi?' tampil artis veteran berbilang bangsa

Sep 2, 2021 | 5:30 AM
SEBAR MESEJ: Penyanyi veteran Rahimah Rahim dan L. Vijayandran mengajak warga emas untuk pergi mendapatkan vaksinasi dalam satu lagu baru 'Sudah Divaksinasi?'. - Foto TRIBAL WORLDWIDE SINGAPORE
SEBAR MESEJ: Penyanyi veteran Rahimah Rahim dan L. Vijayandran mengajak warga emas untuk pergi mendapatkan vaksinasi dalam satu lagu baru 'Sudah Divaksinasi?'. - Foto TRIBAL WORLDWIDE SINGAPORE -

KITA biasa dengar orang menyapa dengan bertanya "sudah makan belum" apabila bertemu.

Namun sekarang kita akan sering pula mendengar sapaan "sudah suntik belum?"

Pendekatan terbaru ini akan disebarkan melalui nyanyian yang diberi judul "Sudah Divaksinasi?"

Persembahan muzik video yang menampilkan artis malar segar, Rahimah Rahim dan beberapa artis veteran tempatan dijangka menjadi mainan bibir kebanyakan orang.

Matlamat utamanya adalah untuk menggalakkan warga emas agar segera mendapatkan vaksinasi bagi melindungi mereka daripada jangkitan Covid-19.

Mendapat inspirasi daripada persembahan tahun 80-an, muzik video itu menggunakan frasa "Sudah Makan" - satu frasa yang kerap kali digunakan di kalangan warga Singapura - dan kini digantikan dengan frasa baru, "Sudah divaksinasi?"

Ia diharap dapat menjadi buah mulut rakyat Singapura agar menggesa warga emas divaksinasi.

Muzik video itu berlatar belakangkan tempat yang sering dikunjungi warga tua seperti pasar, kedai mamak dan kedai kopi.

Menerusi lagunya yang retro dan melodi yang mudah diingati, muzik video itu menekankan pentingnya vaksinasi Covid-19 bagi warga tua dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.

Usaha ini merupakan kerjasama antara Tribal Worldwide Singapura dan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).

Muzik video ini juga dihasilkan dalam bahasa Mandarin, dialek Hokkien, Teochew dan Kantonis, bahasa Melayu dan Tamil.

Artis-artis veteran yang ditampilkan termasuk Wang Lei, Liu Ling Ling, Marcus Chin dan L. Vijayan.

Pengarah, Jabatan Kempen dan Penerbitan Divisyen Perhubungan Awam MCI, Cik Soffy Hariyanti, berkata dengan lebih ramai orang divaksinasi, diharapkan Singapura dibuka semula dengan lebih selamat.

"Kami terharu semakin ramai warga emas tampil untuk divaksinasi dalam beberapa minggu.

"Menerusi muzik video ini, kita berharap untuk menggalak warga emas yang belum divaksinasi agar melakukannya kerana mereka mempunyai risiko yang tinggi mempunyai penyakit serius jika dijangkiti," ujarnya.

Pengarah Kreatif Eksekutif Tribal Worldwide Singapore, Encik Benson Toh, pula berkata:

"Kita tahu vaksinasi melindungi kita dan orang yang kita cintai, tetapi ada warga emas yang tersalah faham mengenainya.

"Kita ingin memastikan kita dapat menyampaikan mesej ini tetapi dengan cara yang menghiburkan.

"Cara terbaik untuk melakukannya ialah dengan membuat persembahan bersama personaliti veteran dan lagunya pula disenangi warga emas."

Masih terdapat sekitar 80,000 warga emas yang masih belum divaksinasi.

Bagi memudahkan warga emas divaksinasi, lebih banyak pasukan vaksinasi bergerak telah dikerahkan ke kawasan kejiranan berdekatan dengan kediaman warga emas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg