HOSPITAL Mount Alvernia membantu usaha mengumpul dana bagi Kerusi Profesor Yusof Ishak Dalam Sains Kemasyarakatan di Universiti Nasional Singapura (NUS) dengan melancarkan kempennya sendiri bagi dana itu.
Kempennya itu dilancarkan selepas acara berjalan kaki sempena ulang tahun ke-54 hospital itu semalam, yang disertai Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Pengangkutan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.