SEJAK kemenangan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum Malaysia pada Mei tahun lalu, Singapura secara konsisten menyatakan harapan kita menjalin hubungan baik dan saling menguntungkan dengan kerajaan Malaysia yang baru. Kita mahu terus bekerjasama dengan Malaysia, di peringkat persekutuan dan negeri.
Kami berbuat demikian atas dasar kesamarataan dan saling menghormati. Ini bermakna menyelesaikan sebarang perbezaan dan isu-isu tertunggak dengan baik, secara konstruktif, dan selaras dengan undang-undang dan norma antarabangsa.