Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura akan persiap pekerja ke arah ekonomi hijau

Jan 13, 2022 | 05:30 AM



Usulan itu bertujuan menyeru pemerintah mempertingkat pembiayaan hijau, mewujudkan lebih banyak pekerjaan hijau, dan memperkukuh kebertanggungjawaban korporat dengan kerjasama sektor swasta, masyarakat sivil dan masyarakat. Ini demi memajukan peralihan inklusif negara ini ke arah sebuah masyarakat rendah karbon.



Turut memberikan respons ialah Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong.



Cik Fu berkata jika setiap orang bekerjasama dan membuat pilihan yang betul, peralihan ke arah karbon rendah boleh menghasilkan peluang dan ganjaran besar.



Beliau mengetengahkan beberapa langkah Singapura dalam merebut peluang pertumbuhan hijau.



Antaranya, karbon cukai yang dilaksanakan sejak 2019 adalah penting kepada strategi mitigasi iklim Singapura, dan melengkapi pelbagai usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dalam semua sektor, kata Cik Fu.



Cukai karbon itu, pada kadar $5 bagi setiap tan pelepasan karbon, dikenakan terhadap semua kemudahan yang menghasilkan 25,000 tan atau lebih pelepasan gas rumah hijau dalam setahun.



Cik Fu bersetuju dengan para AP terdapat keperluan menaikkan kadar cukai karbon pada masa depan, dengan langkah itu akan mendorong syarikat memanfaatkan teknologi rendah karbon lebih inovatif dan mengambil langkah lebih berani ke arah penyahkarbonan.



Kadar cukai semasa itu, yang akan dilaksana sehingga 2023, akan disemak bagi 2024, dengan kadar barunya akan diumumkan semasa Belanjawan bulan depan.



Cik Fu menambah akses pasaran karbon pula merupakan satu pilihan pelengkap dalam alat memenuhi komitmen iklim Singapura, dengan negara ini menyertai pelbagai wadah antarabangsa bagi menggalak kewibawaan sekitaran lebih luas dan memupuk kerjasama dalam pasaran karbon.



Beliau turut berkata pemerintah akan memperkukuh langkah memajukan kebertanggungjawaban kemampanan dan amalan pemerolehan dalam kalangan syarikat.



Sementara itu, Encik Gan berkata Singapura akan melengkapi pekerjanya dengan kemahiran relevan agar mereka dapat meraih manfaat ekonomi hijau sedang negara ini berusaha mencapai matlamat kemampanannya.



Misalnya, seorang mekanik kereta tradisional perlu belajar cara memperbaiki kenderaan elektrik, dengan jurutera kuasa akan perlu belajar tentang tenaga hidrogen, suria dan tenaga boleh diperbaharui lain.



Encik Gan berkata SkillsFuture Singapura (SSG) telah mengenal pasti ekonomi hijau sebagai salah satu bidang pertumbuhan dalam laporan Kemahiran Dalam Permintaan untuk Ekonomi Masa Depan.



Beliau menambah terdapat peluang pekerjaan hijau dalam pelbagai sektor, seperti khidmat kewangan, tenaga dan kuasa, persekitaran binaan, dan perkilangan.



"Terdapat juga kemahiran yang boleh dipindahkan ke sektor lain, seperti pengurusan jejak karbon dan pengurusan kemampanan.



"Kemahiran ini boleh melengkapi tenaga kerja sedia ada kita untuk melakukan pekerjaan baru atau diubah dalam ekonomi hijau," tambah beliau.



Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) sedang bekerjasama untuk meneroka sebuah Program Penukaran Kerjaya (CCP) bagi karyawan kemampanan, kata Encik Gan.



CCP disediakan bagi individu pertengahan kerjaya yang ingin menimba kemahiran baru dan menukar kerjaya ke pekerjaan atau sektor baru yang mempunyai prospek dan peluang baik bagi kemajuan.



"CCP ini bukan hanya akan membantu syarikat membangunkan Pejuang Kemampanan bagi memulakan perjalanan mereka, namun juga menyokong peralihan pekerja yang terjejas disebabkan pekerjaan mereka yang 'dihijaukan'," kata Encik Gan.



Di samping itu, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) juga sedang menubuhkan pusat kecemerlangan bagi latihan dan penyelidikan dalam pembiayaan hijau, yang boleh menyokong pekerja dalam membina pengetahuan dan kemahiran relevan untuk membantu Singapura menjadi pusat utama bagi pembiayaan hijau, kata Encik Gan.



Sedang sektor-sektor menjalani transformasi hijau, mereka mungkin terjejas secara berbeza, bergantung pada jenis perniagaan dan operasi mereka.



Oleh sebab sektor dengan jumlah pelepasan karbon lebih besar, seperti industri petrokimia, akan lebih terjejas, pemerintah sedang bekerjasama dengan syarikat sedemikian untuk membantu mereka dalam usaha penyahkarbonan mereka.



Begitu juga, dalam sektor tenaga, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) sedang memulakan pelan peralihan tenaga untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penjanaan elektrik dengan mempercepatkan pengerahan tenaga suria dan mengimport empat gigawatt elektrik menjelang 2035.



"Namun, perniagaan dengan jumlah pelepasan karbon lebih rendah juga akan perlu menggabungkan kemampanan sebagai bahagian penting dalam perniagaan mereka, dan mendakap kemampanan sebagai satu kelebihan daya saing," kata Encik Gan.




"Seperti semua peralihan, akan ada gangguan dan keseimbangan... sesetengah perniagaan dan isi rumah mungkin terpaksa bersiap sedia untuk kenaikan kos sementara. Kos peralihan juga boleh berlaku dalam cara yang tidak ketara seperti cabaran mengubah tabiat kita dan cara kita hidup, bekerja dan berseronok. Namun, kita mesti teruskan usaha, kerana ketiadaan tindakan akan menyebabkan kita lebih menderita."
- Cik Grace Fu, Menteri Kemampanan dan Sekitaran.




"CCP (Program Penukaran Kerjaya) ini bukan hanya akan membantu syarikat membangunkan Pejuang Kemampanan bagi memulakan perjalanan mereka, namun juga menyokong peralihan pekerja yang terjejas disebabkan pekerjaan mereka yang 'dihijaukan'."
- Encik Gan Kim Yong, Menteri Perdagangan dan Perusahaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >