Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Speaker boleh berlaku adil dan bebas, walau jadi anggota parti politik

Aug 02, 2023 | 09:31 PM



Anggota Parlimen (AP) pada Rabu mengundi menyokong usul pindaan yang mengesahkan komitmen Dewan untuk Speaker Parlimen melaksanakan tugasnya secara saksama dan bebas.

Ini menyusuli usul yang difailkan AP Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leong Mun Wai yang menyeru agar Speaker Parlimen kekal adil kepada semua AP tanpa mengira kecenderungan politik mereka.

Pada April, mantan Speaker Tan Chuan-Jin, dalam satu video yang diedarkan bulan lepas, telah kedengaran mengeluarkan kata-kata kesat berikutan ucapan oleh AP GRC Sengkang, Profesor Madya Jamus Lim.

“Speaker Parlimen bertanggungjawab mempengerusikan persidangan Parlimen dan menguatkuasakan peraturan perbahasan bagi memastikan urusan Parlimen dijalankan dengan teratur,” kata AP Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leong Mun Wai yang memfailkan usul itu.

Encik Leong berkata ia amat “bermasalah” bagi Speaker untuk mempertahankan kesaksamaan dan kebebasannya sambil menganggotai parti pemerintah dan mengetahui strategi politik parti pemerintah.

Beliau melahirkan harapan agar Speaker dapat memulihkan keyakinan orang ramai terhadap kesaksamaan dan kebebasan Parlimen.

“Speaker Parlimen sudah tentu berhak untuk membuat pandangan peribadinya sendiri mengenai mana-mana ahli dewan ini, atau apa-apa ucapan yang saya buat di sini.

“Bagaimanapun, sebagai pengadil yang tidak berat sebelah, yang menguatkuasakan peraturan dan prosedur Parlimen, Speaker tidak boleh menyatakan pendapat tersebut secara terbuka,” kata Encik Leong.

Semasa perbahasan itu, Encik Leong turut mengulas kelakuan Encik Tan itu, dan diingatkan oleh Speaker Encik Seah Kian Peng untuk menghadkan ucapannya kepada subjek usul yang dibincangkan.

Encik Seah telah menyatakan pada awalnya bahawa perkara pokok usul itu adalah kehendak umum untuk Speaker bebas dan tidak berat sebelah dan agar Parlimen menjadi arena yang adil, dan ia bukan perbahasan tentang kelakuan Encik Tan.

“Anda boleh bercakap mengenai usul anda iaitu mengenai sikap berkecuali Speaker, tetapi anda tidak perlu membuat rujukan kepada kelakuan bekas Speaker Tan Chuan-Jin. Saya harap awak faham,” nasihat Encik Seah.

Dalam perbahasan itu, beberapa AP turut bangkit untuk berucap, termasuk AP GRC Sembawang Encik Vikram Nair, Ketua Dewan Cik Indranee Rajah, AP Mountbatten Encik Lim Biow Chuan, AP Dilantik (NMP), Encik Raj Joshua Thomas dan Encik Jamus Lim,

Encik Vikram, dalam ucapannya, turut mencadangkan pindaan kepada usul yang difailkan oleh Encik Leong dengan menekankan bahawa kebebasan seseorang Speaker itu tidak semestinya bermakna beliau tidak boleh menganggotai parti politik, dan sebaliknya, perlu memberi tumpuan kepada berlaku adil dan bebas dalam tugasnya.

“Saya bersetuju dengan PSP bahawa Speaker mesti bertindak secara bebas dalam melaksanakan tugasnya.

“Oleh itu, pindaan ini memberi tumpuan kepada kebebasan dan pelaksanaan tugasnya,” kata Encik Nair.

Usul pindaan itu diluluskan di parlimen dengan undi majoriti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >