TANGGUNGJAWAB tiga pemimpin Generasi Keempat (4G) - Encik Heng Swee Keat, Encik Chan Chun Sing dan Encik Ong Ye Kung - akan memberi peluang kepada mereka untuk didedahkan kepada berbagai tugasan, meluaskan keupayaan dan mempersiapkan diri mengambil alih pemerintah Singapura di masa depan, kata pengamat.
Menurut pengamat yang ditinjau, rombakan Kabinet terkini itu juga menyaksikan keseimbangan yang baik antara barisan menteri lebih mapan dan memegang portfolio penting dengan pemimpin lebih muda yang didedahkan kepada bidang baru.