Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Skim lindungi kebajikan anak dalam kes cerai dilancar

Skim Perwakilan Anak antara usaha Mahkamah Syariah tingkat keadilan terapeutik dalam proses perceraian
Nov 24, 2023 | 05:37 PM



Satu skim baru bertujuan melindungi kebajikan anak-anak yang terjerat dalam kes perceraian telah dilancar pada Jumaat.

Dinamakan Skim Perwakilan Anak ia merupakan antara usaha Mahkamah Syariah meningkatkan kepentingan terhadap kanak-kanak serta pentadbiran keadilan terapeutik dalam proses perceraian.

Ia dilancarkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, sempena Acara Persidangan dan Ulang Tahun ke-65 Mahkamah Syariah di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands.

Skim itu melibatkan Mahkamah Syariah melantik seorang wakil anak dalam kes tertentu melibatkan kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas, di mana isu penjagaan, kawalan atau akses kepada anak tersebut dipertikaikan pihak yang mahu bercerai.

Wakil anak itu akan membantu anak tersebut meluahkan pandangan atau kebimbangannya secara sepenuhnya kepada Mahkamah Syariah dengan tepat, dan bebas daripada pengaruh mana-mana individu.

Wakil juga mesti mengetengahkan kepada Mahkamah Syariah sebarang perkara atau bukti yang berkaitan dengan kepentingan anak itu.

Di mana perlu, wakil juga akan mendapatkan maklumat berkaitan daripada karyawan lain yang telah terlibat dengan anak itu, misalnya, profesional kesihatan mental atau guru dan kemudian akan menyerahkan laporan kepada mahkamah yang mengandungi pemerhatian serta penilaian beliau.

Ini akan membantu hakim menentukan keputusan yang bersesuaian dengan kebajikan anak itu.

“Dengan skim perwakilan anak, kami mempunyai alat tambahan untuk mendapatkan suara kanak-kanak sebelum mengeluarkan perintah-perintah berkenaan anak-anak ini.

“Skim ini adalah tambahan kepada apa yang sedia ada seperti penilaian penjagaan, laporan perlindungan kanak-kanak dan sebagainya,” kata Kaunselor Mahkamah Utama, Mahkamah Syariah, Cik Nur Izzah Amir.

Pelantikan wakil anak adalah sebahagian daripada rangkaian alat kehakiman yang digunakan Mahkamah Syariah untuk mencapai keputusan yang bersesuaian dengan kebajikan kanak-kanak, dengan memastikan suara kanak-kanak didengar dan mengurangkan kesan pengaturan selepas perceraian ke atas kanak-kanak itu.


Buat masa ini, Mahkamah Syariah melantik dua karyawan sains sosial untuk menyertai panel Perwakilan Anak bagi tempoh dua tahun dari November 2023 hingga Oktober 2025.

Mereka memegang kelayakan Sarjana dalam Kerja Sosial dan Psikologi, serta berpengalaman menangani pasangan yang mahu bercerai yang mempunyai anak.

Mengulas tentang skim baru itu, Encik Masagos berkata:

“Mahkamah Syariah juga telah terus membangunkan heartware bagi memastikan falsafah dan proses akan terus membantu keluarga untuk pulih dan meneruskan kehidupan masing-masing serta mengurangkan kesan perceraian seberapa boleh. Satu contoh adalah untuk mengutamakan kepentingan anak-anak dalam proses perceraian yang dipertingkatkan.


“Saya mengalu-alukan pelancaran Skim Perwakilan Anak oleh Mahkamah Syariah seperti yang diumumkan Presiden Kanan Mahkamah. Skim Perwakilan Anak dan Wawancara Anak Bersama merupakan inisiatif penting oleh Mahkamah untuk melindungi kebajikan anak-anak yang terlibat dalam kes perceraian.

“Saya berbesar hati melihat Mahkamah berganding bahu dengan pakar-pakar sains sosial untuk menyokong keluarga yang melalui perceraian.”

Dalam pada itu, sempena ulang tahunnya ke-65, Mahkamah Syariah telah melancarkan buku bertajuk Rooted in Tradition, Ready for Tomorrow (Berpegang pada Tradisi, Bersedia untuk Hari Esok).


Buku tersebut mengetengahkan tugas Mahkamah Syariah dan pembangunan undang-undang yang ketara saban tahun. Ia turut memaparkan detik-detik penting dalam sejarah mahkamah tersebut serta individu-individu yang memainkan peranan penting dalam Mahkamah Syariah.


Salinan digital buku tersebut boleh didapatkan di laman web Mahkamah Syariah (www.syariahcourt.gov.sg) menjelang 27 November 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >