Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIA berhenti terbang di ruang udara Ukraine

Jul 18, 2014 | 02:08 PM



SYARIKAT Penerbangan Singapore Airlines (SIA) telah memberhentikan kesemua penerbangan melalui ruang udara Ukraine berikutan kemalangan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 di daerah timur negara tersebut.


"Kami selalunya mempunyai beberapa laluan penerbangan yang tersedia ada untuk penerbang kami ke dan dari destinasi yang kami beroperasi," kata seorang jurucakap SIA kepada akhbar The Straits Times.


"Pada masa ini, kami tidak akan lagi menggunakan ruang udara Ukraine dan telah mengubah kesemua laluan penerbangan kami ke laluan penerbangan alternatif yang berada jauh dari rantau tersebut."


SIA tidak mengulas lebih lanjut mengenai laluan-laluan penerbangan yang disemak.


"Selaras dengan protokol keselamatan penerbangan, kami tidak akan memberi maklumat terperinci mengenai laluan penerbangan oleh mana-mana pesawat sebelum ia berlepas," kata jurucakap itu.


SIA juga tidak mengulas sama ada laporan-laporan bahawa penerbangan SQ351 dari Copenhagen, Denmark berada kira-kira 25 kilometer dari MH17 apabila ia dipercayai ditembak jatuh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >