SATU program baru akan diperkenalkan bagi membantu perniagaan setempat yang memiliki pertumbuhan tinggi untuk berinovasi, berkembang dan mengantarabangsakan perniagaan.
Diberi nama SG Maju ia akan dilancarkan oleh Enterprise Singapore dengan kerjasama sektor awam dan swasta, dedah Menteri Kewangan Heng Swee Keat di Parlimen semalam.