SEMASA melangkah ke Universiti Teknologi Nanyang (NTU) empat tahun lalu, Encik Muhammad Nadzir Azmi berasa agak janggal kerana kebanyakan teman sekursusnya adalah daripada maktab rendah (JC) yang menawarkan pengajian prauniversiti selama dua tahun.
Beliau pula adalah daripada Institut Millenia (MI) yang menawarkan pengajian prauniversiti yang lebih lama iaitu selama tiga tahun.