Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARUL MA'WA DITUTUP

Selepas 28 tahun Darul Ma'wa beralih ke perkhidmatan berteras kekeluargaan

Dec 17, 2021 | 05:30 AM



SETELAH 28 tahun mengendali Rumah Tumpangan Kanak-Kanak Darul Ma'wa, Jamiyah Singapura telah meraih pengalaman yang mendalam mengenai keperluan sosial kanak-kanak dan masyarakat yang berubah.



Demikian menurut Encik Mohamad Hosni Abdul Malik, ketua Darul Ma'wa, untuk menjawab pertanyaan Berita Harian (BH) baru-baru ini.



Dengan pengalaman yang telah diraih itu, pertubuhan itu akan menyalurkan pengetahuan serta keupayaannya untuk beralih kepada campur tangan awal (upstream) menerusi perkhidmatan yang memberi tumpuan kepada keluarga.



Ini dengan tujuan untuk mendekati lebih ramai keluarga yang memerlukan bantuan, kata beliau.



Darul Ma'wa yang terletak di 15 Guillemard Crescent sebelum ini berkhidmat sebagai kemudahan tempat tinggal kanak-kanak, termasuk anak yatim dan kanak-kanak daripada keluarga kurang bernasib baik.



Rumah itu berada di bawah naungan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



Bermula 14 Disember, Jamiyah telah menghentikan operasi Darul Ma'wa selepas tamat tempoh lesennya pada tarikh tersebut.



"Oleh kerana tamat tempoh lesen pada 14 Disember 2021, tiada operasi yang akan dilanjutkan setelah tarikh itu. Rumah Tumpangan Kanak-Kanak (Darul Ma'wa) akan menghentikan semua operasi pada tarikh yang dinyatakan," kata Encik Mohd Hosni.



Menjawab pertanyaan BH, seorang jurucakap MSF berkata terdapat seramai 32 kanak-kanak yang tinggal di Darul Ma'wa sebelum itu.



Kesemua kanak-kanak itu telah disatukan dengan keluarga mereka atau dialih ke kemudahan lain, bermula Oktober lalu.



"Kami telah bekerja rapat dengan Darul Ma'wa untuk reviu pelan kes bagi setiap penghuni.



"Kami juga memastikan penjagaan penghuni kekal menjadi keutamaan dalam tempoh peralihan ini," kata jurucakap itu.



Apabila BH mengunjungi tapak kawasan tersebut, pintu masuk bangunan itu sudah pun ditutup dan kawasan kelihatan lapang dan kosong.



Menurut Encik Hosni, keputusan untuk menutup Darul Ma'wa dilakukan setelah mengadakan perbincangan bersama kementerian yang relevan.



"Jamiyah ingin menumpukan semula sumbernya untuk mendekati lebih ramai benefisiari melalui program yang berkesan untuk mencapai hasil keseluruhan yang lebih baik demi memenuhi keperluan masyarakat semasa dan masa depan.



"Jamiyah juga kini beralih ke perkhidmatan lebih luas yang menumpukan kepada keluarga dan kanak-kanak di bawah program jangkauan masyarakatnya yang telah diperluaskan," jelas Encik Hosni.



Jamiyah juga sebelum ini berkata ia akan menumpukan semula sumber untuk menyediakan perkhidmatan lebih holistik bagi memenuhi keperluan kebajikan sosial terutama keluarga berpendapatan rendah dengan kanak-kanak yang masih ke sekolah.



Dengan mengoptimumkan sumber yang digunakan untuk menguruskan Darul Ma'wa, Jamiyah kini akan dapat menghubungi dan menghulurkan bantuan kepada lebih ramai keluarga, termasuk anak yatim dan anak ibu bapa tunggal dalam masyarakat, kata Jamiyah.



Mengulas mengenai bagaimana kakitangan Darul Ma'wa terjejas, Encik Hosni berkata:



"Memandangkan Jamiyah sentiasa memperbaiki program dan projek kami untuk kekal relevan bagi memenuhi keperluan semasa dan masa depan masyarakat, kakitangan bekas Darul Ma'wa akan menyumbang kepada Jamiyah dalam aspek lain yang dengan misi keseluruhannya masih terhadap kebajikan masyarakat."



Laman web Darul Ma'wa kini juga tidak beroperasi dan akan dipautkan kepada kenyataan penutupan Darul Ma'wa oleh Jamiyah.



MSF sebelum ini berkata ia menyokong hala tuju Jamiyah Singapura "yang sejajar dengan perubahan lebih besar dalam sektor penjagaan luar rumah, di mana lebih ramai kanak-kanak yang memerlukan penjagaan luar rumah ditempatkan dalam keluarga titipan".



Kementerian itu juga ia kini sedang merancang kegunaan alternatif bagi bekas tapak Darul Ma'wa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >