Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekolah Pathlight 3 akan dibina di Punggol

Feb 10, 2023 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) akan menubuhkan kampus tetap bagi Sekolah Pathlight 3 berdekatan dengan Daerah Digital Punggol pada 2032, umum MOE dalam satu kenyataan semalam.



Sebelum ini, MOE pada 2020 telah mengumumkan bahawa sekolah itu akan ditempatkan di kawasan Tengah, namun pelan itu dibatalkan.



Menurut pihak MOE, setelah membuat kajian semula pada penyebaran geografi Sekolah Pendidikan Khas (SPED) yang sedia, ia mendapati bahawa terdapat permintaan bagi sekolah SPED baru, untuk memenuhi keperluan penduduk yang semakin meningkat di kawasan timur laut Singapura.



Sekolah itu akan terus beroperasi di kampus sementaranya di bekas kampus Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Chong Boon sebelum beralih ke kampus barunya menjelang 2032.



Sekolah kelima SPED yang baru juga akan dibina di Tengah bagi pelajar yang menghadapi autisme mengakses kurikulum nasional.



Ia akan ditempatkan bersama Sekolah Rendah Anglo-Chinese (ACS) yang baru, dan akan dikendalikan oleh Perkhidmatan Kebajikan Methodist dengan kerjasama ACS.



Sekolah SPED itu, yang belum dinamakan, bakal mula beroperasi pada 2026 di tapak sementara yang sebelum ini menempatkan Sekolah Menengah Chua Chu Kang.



Ia kemudian akan berpindah ke kampus tetapnya di Tengah pada 2031.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >