TIDAK terkira betapa ramainya guru dan pelajar Bahasa Melayu yang sudah mencedok ilmu daripada sumur pengetahuan Allahyarham Pendeta Dr Muhammad Ariff Ahmad.
Allahyarham giat menulis buku, kertas penyelidikan dan pojok yang menghuraikan perihal bahasa, sastera, budaya dan nilai Melayu. Komentar sosial yang ditulis merentasi batas genre - daripada puisi, cerpen dan novel kepada esei dan drama.