Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Mar 12, 2021 | 05:30 AM



Langgar 2 orang di tempat letak kereta: Lesen wanita digantung



SEORANG wanita 33 tahun didenda $3,500 semalam dan lesen memandunya digantung selama sembilan bulan selepas dia melanggar dua orang dengan keretanya di tempat letak kereta.



Tan Chak Yee mengaku bersalah atas satu tuduhan menyebabkan kecederaan akibat tindakan cuai.



Satu lagi tuduhan diambil dalam pertimbangan semasa menjatuhkan hukuman.



Mahkamah diberitahu sekitar 4.40 petang pada 27 Oktober 2019, Tan dan suaminya meninggalkan Blok 252, Jurong East Street 24, selepas makan tengah hari di kedai kopi. Mereka mahu kembali ke rumah mereka di Teban Gardens.



Tan sedang memandu manakala suaminya duduk di sebelahnya di tempat duduk penumpang depan apabila kemalangan itu berlaku. Dua wanita yang dilanggar mengalami kecederaan di tulang rusuk, kaki dan lengan dan diberikan cuti sakit antara tiga dengan 14 hari.




Lelaki didakwa tipu, tawar khidmat bayaran tanpa lesen



SEORANG lelaki berusia 66 tahun yang dikatakan menerima $209,370 dan cuba memindahkan wang tersebut ke luar negara telah didakwa semalam kerana menawarkan khidmat bayaran tanpa lesen.



Wang Wai Keong, yang juga dikenali sebagai Wong Wai Keong, ditangkap kerana disyaki terlibat dalam penipuan menyamar sebagai pegawai dari China.



Wang ditawarkan ikat jamin $10,000 dan kesnya dijangka disebut lagi pada 1 April nanti.



Jika didapati bersalah, Wang boleh dipenjara sehingga tiga tahun, atau didenda sehingga $125,000 atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >