Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saranan lebih banyak sokongan untuk ibu bapa dalam urusan kerja dan jagaan anak

Aug 02, 2023 | 07:45 PM



Ibu bapa boleh menjangkakan lebih banyak sokongan dalam komitmen urusan kerja dan jagaan anak sekiranya pindaan kepada Akta Simpanan Bersama Pembangunan Kanak-Kanak (CDCA) diluluskan di Parlimen.

Rang Undang-Undang itu, yang dibentangkan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) di Parlimen pada Rabu, menyusuli pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, semasa Belanjawan 2023 mengenai peluasan kepada langkah sokongan Perkahwinan dan Keibubapaan, termasuk menambah seganda kepada Cuti Paterniti Dibayar Pemerintah (GPPL) dan Cuti Jagaan Bayi Yang Tidak Dibayar (UICL) mulai 1 Januari 2024.

Antara perubahan kepada akta tersebut adalah menambah GPPL sebanyak seganda daripada dua minggu kepada empat minggu berdasarkan secara sukarela di mana majikan yang sedia memberi geran tambahan GPPL kepada pekerja mereka, akan dibayar balik oleh pemerintah.

Manfaat Paterniti Dibayar Pemerintah (GPPB), bagi bapa yang tidak layak bagi GPPL akibat aturan majikan mereka, akan juga dinaikkan.

Peningkatan itu bertujuan menyokong pihak bapa agar mereka lebih terlibat dalam membesarkan anak dan menggalak perkongsian tanggungjawab ibu bapa.

Tambahan dua minggu itu dilaksanakan bagi bapa yang layak di mana tarikh lahir anak mereka, anggaran tarikh lahir, atau niat formal untuk mendapatkan anak angkat jatuh pada atau selepas 1 Januari 2024.

Saranan perubahan lain termasuk menambah UICL kepada enam hari bagi setiap ibu bapa setiap tahun, semasa dua tahun pertama anak mereka, bagi mereka yang mempunyai anak berusia bawah dua tahun.

Ini akan dilaksanakan bagi ibu bapa yang layak dan mempunyai anak berusia bawah dua tahun pada atau selepas 1 Januari 2024.

Selain itu, Rang Undang-Undang (Pindaan) Imigresen 2023 juga diperkenalkan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) buat kali pertama di Parlimen pada Rabu.

Rang Undang-Undang itu menyarankan pindaan kepada Akta Imigresen (IA) untuk mengupayakan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) untuk mendigital dan mengautomasi proses imigresen.

Ini selain memberi respons lebih berkesan kepada cabaran baru dan berubah seperti pandemik; mengukuhkan kawalan sempadan terhadap golongan mereka yang tidak diingini; dan membenarkan pentadbiran lebih cekap terhadap pas dan permit imigresen yang dikeluarkan kepada warga asing dan Penduduk Tetap (PR).

Rang Undang-Undang itu akan memperkenalkan Konsep Pelepasan Baru (NCC) ICA yang baru di pelbagai pusat pemeriksaan untuk menawarkan pengalaman pelepasan imigresen yang lebih cekap bagi semua pengembara, mulai 2024.

Pada masa sama, Rang Undang-Undang itu akan memperkenalkan usaha meningkatkan keupayaan ICA untuk mengurus potensi ancaman keselamatan dan sekuriti serta situasi seperti pandemik.

Sementara itu, pindaan kepada Rang Undang-Undang Perlembagaan Republik Singapura selain Rang Undang-Undang Sumpah, Akuan dan Notari (Kaedah Terasing), telah diluluskan di Parlimen pada Rabu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >