Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saga Raeesah Khan: Siasatan polis terhadap AP WP Pritam Singh, Faisal Manap masih berterusan

Feb 07, 2023 | 11:09 PM



SIASATAN polis terhadap tingkah laku ketua Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh dan naib pengerusi parti itu Encik Faisal Manap dalam satu kes berbohong di parlimen melibatkan bekas Anggota Parlimen (AP) WP, Raeesah Khan masih berterusan, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang Encik K. Shanmugam pada Selasa (7 Feb).



Encik Shanmugam menyatakan demikian dalam satu jawapan bertulis kepada AP (GRC Chua Chu Kang) Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.



Februari tahun lalu, Parlimen telah bersetuju agar siasatan lanjut dijalankan pihak pendakwa raya kepada Encik Singh, yang merupakan ketua pembangkang, dan Encik Faisal dengan menimbangkan prosiding jenayah.



Pihak pendakwa kemudian telah merujuk isu itu kepada polis untuk menjalankan siasatan.



Ini berlaku selepas satu laporan dikeluarkan Jawatankuasa Hak Istimewa (COP) Parlimen yang mendapati Encik Singh, Encik Faisal dan pengerusi WP Cik Sylvia Lim telah memainkan peranan dalam membimbing Cik Khan untuk terus menyampaikan naratifnya meskipun selepas Cik Khan telah mengaku kepada mereka, beliau menipu kepada dewan.



Cik Khan telah mengaku beliau berbohong dalam dua kejadian di Parlimen. Pertama menyusuli satu kes serangan seksual yang dirujuknya semasa membahas di parlimen tentang isu memperkasa wanita pada Ogos 2021, dan sekali lagi pada Oktober 2021, apabila ditanya untuk memberi perincian lanjut berkenaan kes itu.



Pihak COP, dipimpini Speaker Parlimen Encik Tan Chuan-Jin sebagai pengerusi, ditubuhkan untuk menyiasat kes itu.



Jawatankuasa itu kemudian mendapati bahawa Encik Singh telah berbohong sewaktu menyerahkan bukti di bawah sumpah dan perkara itu boleh dianggap sebagai sumpah bohong, sementara perbuatan Encik Faisal mengelak pertanyaan boleh dianggap sebagai menghina Parlimen.



Pada April 2022, polis berkata ia telah melihat bukti yang disediakan Parlimen dan pihak-pihak tertentu yang terkait dengan kes itu akan dihubungi sebagai sebahagian proses siasatan terhadap kesalahan yang didakwa itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >