BLOGGER Roy Ngerng dan peguam yang pernah mewakilinya M. Ravi telah diperkenalkan sebagai sebahagian daripada pasukan Parti Pembaharuan (RP) GRC Ang Mo Kio yang akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Emapt anggota lain RP dalam pasukan itu adalah usahawan Osman Sulaiman, aktivis Gilbert Goh, selain sukarelawan RP Siva Chandran dan Jesse Loo.
Encik Ravi akan mengetuai pasukan tersebut, yang bakal bertanding menentang pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Encik Osman pula pernah menyertai pasukan terdahulu RP yang bertanding di GRC itu pada 2011 tetapi mereka hanya mendapat 30.7 peratus undi.
Keenam calon itu diperkenalkan setiausaha agung RP Kenneth Jeyaretnam di luar sebuah kedai gunting rambut hari ini, Jumaat (28 Ogos).