Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Rondaan, data 'live' bantu kawal pelawat bertambah di taman awam

Feb 25, 2021 | 05:30 AM



BEBERAPA langkah aktif untuk menguruskan jumlah pengunjung ke taman awam dan semula jadi telah diperkenalkan Lembaga Taman Negara (NParks), kata Menteri Negara (Pejabat Perdana Menteri merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How.



Ini sedang jumlah pengunjung taman awam, termasuk taman semula jadi, meningkat semasa pandemik Covid-19.



Selain menjalankan pemantauan dan mengawal jumlah orang ramai secara masa nyata, antara lain, taman atau kawasan taman yang sesak juga akan ditutup buat sementara waktu apabila diperlukan.



"NParks juga menyediakan kemas kini masa nyata mengenai jumlah pengunjung taman secara dalam talian menerusi portal Safe Distance@Parks supaya pengunjung dapat melihat jumlah orang ramai yang berada di sana sebelum mengunjungi taman tersebut," kata Encik Tan.



Beliau berkata demikian semasa menjelaskan pendekatan yang diambil pihak berkuasa dalam mengurus kesesakan dan penggunaan berlebihan taman-taman ini, semasa menjawab soalan Encik Liang Eng Hwa (Bukit Panjang).



Dalam soalan susulannya, Encik Liang bertanya sama ada lebih banyak boleh dilakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan di kawasan perumahan berhampiran disebabkan jumlah tinggi lawatan di beberapa taman popular.



Memberi respons, Encik Tan berkata pihaknya telah melaksanakan langkah-langkah yang diperlukan untuk mengurangkan kemungkinan ketidakselesaan yang dirasakan penduduk yang menetap berhampiran taman-taman itu.



"Ini termasuk meningkatkan rondaan semasa waktu sesak dan meletakkan papan tanda untuk mengingatkan pengguna taman mengenai etika dan peraturan taman yang betul," tambah beliau.



Kegiatan kumpulan yang teratur juga tidak dibenarkan pada waktu sesak di taman terpilih untuk membantu menguruskan tahap pengunjung, jelas Encik Tan.



Dalam pada itu, NParks juga akan bekerja rapat dengan agensi pemerintah lain, dan pertubuhan akar umbi yang relevan, berdasarkan maklum balas para penduduk.



Encik Tan turut mengingatkan pengguna taman supaya bertanggungjawab secara sosial terhadap pengguna taman lain dan juga penduduk yang tinggal di kawasan sekitarnya, agar orang ramai dapat terus menikmati ruang awam tersebut.



"NParks akan terus berusaha mengembangkan jaringan taman, termasuk taman semula jadi, agar lebih ramai penduduk Singapura dapat menikmati kegiatan rekreasi berasaskan alam.



"Ini akan membantu menangani permintaan untuk pengalaman rekreasi seperti itu," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >