Premium
Ringgit Malaysia (RM) jatuh lagi
Dec 12, 2014 | 5:30 AM

RINGGIT JATUH: Orang ramai tidak melepaskan peluang menukar dolar Singapura ke ringgit Malaysia (RM) semalam apabila nilai mata wang RM turun lagi minggu ini. - Foto A. RAHMAN BASRUN -
NILAI ringgit Malaysia (RM) berbanding dolar Singapura jatuh lagi minggu ini, membuat ramai orang berpusu-pusu ke pengurup bagi menukar dolar Singapura kepada RM, yang sehingga 5 petang semalam ditawar pada kadar tukar RM2.66 bagi setiap dolar Singapura.
Kadar tukaran itu merupakan kemerosotan 1.1 peratus, daripada kadar RM2.63 awal bulan ini.

