Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rang tutup akaun CPF warga asing, permudah akses maklumat ahli meninggal dilulus

Nov 06, 2023 | 07:58 PM



Parlimen pada Isnin meluluskan Rang Undang-Undang untuk menutup akaun Tabung Simpanan Pekerja (CPF) yang dimiliki kira-kira 300,000 warga asing mulai April 2024, dan membenarkan penama mengakses dengan lebih mudah maklumat CPF ahli yang meninggal dunia.

Di bawah pindaan Akta CPF, Lembaga itu akan membolehkan maklumat seperti baki simpanan CPF ahli yang meninggal dunia, nama penama dan bahagian wang yang akan diterimanya didedahkan mulai 1 Februari 2024.

Pindaan itu akan juga membolehkan Lembaga CPF mengeluarkan pemberitahuan secara elektronik dan memproses beberapa transaksi selepas kematian ahli.

Buat masa ini, ahli perlu memberi kuasa kepada Lembaga CPF untuk membenarkan orang lain mengakses maklumat mereka selepas kematian mereka. Orang yang diberi kuasa perlu menulis untuk meminta maklumat itu, sementara mereka yang tidak diberi kuasa perlu mendapatkan perintah mahkamah.

“Proses sedemikian merumitkan pengendalian akaun CPF ahli yang meninggal dunia dan menambahkan tekanan tambahan kepada keluarga yang kehilangan ahli,” kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon, sambil menambah bahawa Lembaga CPF menerima lebih 3,000 permintaan untuk mengakses maklumat ahli yang meninggal dunia tahun ini.

Mengeluarkan dokumen secara elektronik lebih mudah dan cekap, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Sementara itu, menutup akaun CPF warga asing bermakna sumber dikhususkan untuk skim tertentu akan “lebih tertumpu dalam menyokong keperluan penduduk yang mempunyai komitmen jangka panjang kepada Singapura”, kata Dr Koh 

Anggota Parlimen (AP) mengalu-alukan perubahan untuk mengehadkan sistem CPF kepada warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) dan memperkemas proses mengakses maklumat daripada akuan ahli yang meninggal dunia.

Bagaimanapun, beberapa AP juga menyuarakan kebimbangan.

Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh) bertanya apakah menghentikan penyertaan warga asing akan menyebabkan perniagaan dan majikan menolak pengambilan warga Singapura kerana mereka tidak perlu membayar caruman CPF tambahan untuk pekerja migran.

Encik Yip Hon Weng (SMC Yio Chu Kang) bertanya apakah mereka yang dalam proses memohon kerakyatan Singapura dan status PR akan dibenarkan mengekalkan akaun CPF mereka dalam tempoh ini.

Para AP juga meminta lebih banyak butiran mengenai siapa akan menerima maklumat ahli yang meninggal dunia dan apa yang akan diketahui.

Menjawab pertanyaan apakah majikan akan menolak pekerja Singapura, Dr Koh merujuk kepada gaji kelayakan pemegang Pas Pekerjaan (EP) dan Pas S, yang ditanda aras dengan gaji teratas satu pertiga penduduk, termasuk caruman CPF.

“Tiada kelebihan kos gaji bagi majikan untuk mengambil karyawan asing,” kata Dr Koh.

Mengenai apakah bukan penduduk yang memohon pemastautin tetap boleh menyertai skim CPF, Dr Koh berkata proses permohonan boleh mengambil masa enam bulan atau lebih lama.

Akaun mereka yang belum diberikan status PR mulai 1 April tahun depan akan ditutup.

“Namun, sebaik sahaja mereka diberikan pemastautin tetap, mereka akan menjadi sebahagian daripada sistem CPF,” katanya.

Menjawab soalan mengenai siapa boleh menerima maklumat CPF ahli yang meninggal dunia, Dr Koh berkata penama dan penerima di bawah undang-undang kematian tanpa wasiat yang relevan akan dibenarkan akses. Undang-undang itu meliputi apa yang berlaku jika seseorang meninggal dunia tanpa wasiat.

“Untuk menjelaskannya, jika hubungan keluarga tidak dianggap sebagai waris di bawah undang-undang kematian tak berwasiat yang relevan, mereka tidak akan dibenarkan mengakses maklumat CPF ahli yang meninggal dunia,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >