DUA muka baru akan menyertai pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) bertanding kerusi GRC Jurong dalam pilihan raya umum akan datang.
Kededuanya adalah mantan kakitangan awam Rahayu Mahzam, 35 tahun, dan pakar barah Tan Wu Meng, 40 tahun.
Mereka akan menyertai Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam, Menteri Negara (Pembangunan Negara) Desmond Lee dan Anggota Parlimen Ang Wei Neng dalam pasukan lima anggota itu.
Cik Rahayu, yang sebelum ini merupakan timbalan pendaftar Mahkamah Syariah, mengisi tempat yang ditinggalkan oleh Speaker Halimah Yaacob yang akan bertanding di GRC Marsiling-Yew Tee, yang bari dibentuk.