Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Puan Halimah sebak kenang detik hadir NDP terakhir sebagai Presiden

Aug 09, 2023 | 10:33 PM



Suasana meriah dan keceriaan dapat dilihat di wajah peserta yang dapat peluang beramah mesra dan bergambar dengan Presiden Halimah Yacob yang menghadiri NDP buat kali terakhir sebagai Presiden.

Ketika bercakap dengan media di Galeri Nasional Singapura sejurus selepas menghadiri NDP, Puan Halimah kelihatan menahan sebak mengenang saat-saatnya menghadiri NDP sebagai Presiden sepanjang enam tahun beliau menyandang jawatan itu.

“Saya rasa NDP mempunyai satu keistimewaan iaitu ia memberikan satu perasaan, bukan sahaja kepada diri saya, tapi semua rakyat Singapura rasa bahawa mereka bersama-sama dalam usaha ini untuk merayakan kemerdekaan Singapura dan juga kemajuan yang telah dicapai.

“Dan dalam perasaan satu hati itu, timbul juga perasaan bahawa kita mahu terus berusaha untuk memajukan Singapura ini. Saya rasa ini satu perasaan yang amat unik dan selama enam tahun dan sebelumnya bila saya lihat NDP di kaca TV ataupun dari aspek lain juga, sesuatu perasaan yang tak dapat dibayangkan,” kata Puan Halimah.

Ketika ditanya untuk memilih NDP yang paling menarik bagi beliau, Puan Halimah kata ia amat mustahil sebab setiap NDP adalah unik. Meskipun begitu, beliau turut berkongsi beberapa perkara yang menarik perhatian terhadap keunikan NDP 2023 yang amat menyerlah berbanding tahun-tahun yang lepas.

“NDP tahun ini sangat istimewa kerana ini adalah kali pertama sejak Covid-19 kita dapat menyambut NDP di Padang. Padang begitu bermakna bagi kita kerana NDP pertama telah diadakan di Padang,” katanya.

Beliau turut kagum dengan persembahan segmen Perbarisan Pertahanan Mutlak (TDP) yang menonjolkan daya kreatif menerusi kenderaan berhias.

“Apa yang saya kagum dengan NDP tahun ini adalah penampilan enam tunggak Pertahanan Mutlak dalam bentuk pelampung dengan cara yang sangat senang untuk difahami dan mengenal pasti, menerusi barangan harian seperti biskut krim dan gula-gula Hacks.


“Saya juga suka tema tahun ini – Maju Bersatu – kerana ia mengingatkan kita bahawa kita adalah sebuah negara kecil yang mempunyai banyak cabaran dan kesukaran. Namun, kita tidak harus terpengaruh dengan cabaran dan kesukaran itu, kita harus sentiasa melihat ke hadapan.


“Selagi kita bersatu, meletakkan kepercayaan kami pada masa depan bersama, kami boleh maju,” kata Puan Halimah.

Semasa acara NDP 2023 yang berlangsung lebih dua jam, Puan Halimah turut diberikan penghargaan yang tinggi oleh pihak penganjur menerusi video yang memaparkan usaha dan sumbangan beliau sebagai Presiden selama enam tahun.

Ditanya tentang perkara yang amat beliau kagum tentang kesemua NDP yang telah beliau hadir, beliau memberikan perhatian kepada usaha pihak penganjur yang telah melibatkan golongan yang kurang upaya dalam acara NDP.

“Paling saya kagum dalam kesemua acara NDP di mana saya telah hadir sebagai Presiden adalah usaha untuk menyepadukan golongan kurang upaya dan yang kurang bernasib baik.

“Kami menunjukkan kepada Singapura dan dunia bahawa golongan kurang upaya sebenarnya adalah orang yang berbeza kebolehan dan memiliki bakat, dan kami memberi mereka peluang untuk menunjukkan bakat mereka melalui persembahan yang mereka sertai dan sumbangan mereka, seperti dalam mereka bentuk beg NDP,” kata Puan Halimah. – LAPORAN TAMBAHAN ZULAIQAH ABDUL RAHIM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >