Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Proses vaksinasi murid madrasah rendah sama seperti sekolah rendah MOE

Ibu bapa akan diberi SMS mulai hari ini bagi tempah slot
Dec 22, 2021 | 05:30 AM



PROGRAM vaksinasi bagi pelajar madrasah di peringkat rendah akan mengikut aturan yang sama seperti rakan sebaya mereka di sekolah rendah Kementerian Pendidikan (MOE).



Menurut satu kenyataan bersama MOE dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda) semalam, butiran perhubungan ibu bapa kanakkanak berusia tujuh hingga 11 tahun yang berada di sekolah MOE dan madrasah sedia terdapat dan mereka akan dihantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mulai hari ini bagi membolehkan mereka menempah slot vaksinasi bagi anak mereka.



MOE dan Ecda berkata untuk memastikan program vaksinasi bagi kanak- kanak itu berjalan secekap mungkin, ia akan mengguna pendekatan serampang dua mata.



Ibu bapa pelajar MOE dan madrasah, iaitu majoriti kanak-kanak dalam golongan usia tujuh hingga 11 tahun, akan menerima SMS yang mengandungi pautan unik bagi mereka mendaftar.



Ibu bapa kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang tidak dalam sekolah MOE atau madrasah tidak akan menerima SMS tersebut, sebaliknya perlu melalui dua tahap untuk menempah slot.



Mereka perlu mendaftarkan minat mendapatkan vaksinasi tersebut bagi anak-anak mereka melalui Sistem Janji Temu Nasional (NAS) di child.vaccine.gov.sg dan akan diberi SMS mengandungi pautan unik untuk menempah slot tiga hingga lima hari kemudian.



Menjelaskan, MOE berkata: “Kami perhatikan bahawa ibu bapa kanak- kanak yang bersekolah semasa latihan vaksinasi MOE sebelum ini pada pertengahan 2021, menghargai kemudahan diberikan SMS dengan pautan unik untuk menempah janji temu vaksinasi mereka dengan cepat.



“Oleh itu, kami menggunakan pendekatan sama bagi latihan vaksinasi 5-11 (bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun) yang akan datang ini.”



Sementara itu, peraturan khas telah dibuat bagi pelajar Sekolah Pendidikan Istimewa (Sped) MOE dan pusat Program Campur Tangan Awal bagi Bayi dan Kanak-Kanak (Eipic) yang dibiaya Ecda mendapatkan vaksinasi mereka.



Menurut kenyataan MOE dan Ecda itu, Kementerian Kesihatan (MOH) akan mengerahkan pasukan vaksinasi bergerak ke sekolah-sekolah tersebut mulai 12 Januari tahun depan.



Pasukan itu mengandungi kakitangan terlatih dalam menangani vaksinasi bagi kanak-kanak istimewa.



Ibu bapa para pelajar ini boleh memilih bagi anak mereka mendapatkan vaksinasi di sekolah atau mendaftar minat mereka melalui NAS untuk menempah janji temu di VC kanak-kanak lain.



Sementara itu, ibu bapa kanak-kanak istimewa yang tidak bersekolah dalam sekolah Sped atau pusat Eipic boleh mendaftar minat mereka melalui NAS.



Latihan vaksinasi kanak-kanak akan dibuka secara bertahap mengikut usia, bermula dengan mereka yang lahir antara 2009 dengan 2012 pada hari ini, sebelum akhirnya dibuka kepada semua kanak-kanak berusia lima tahun ke atas bermula minggu 10 Januari tahun depan.



Demi mengoptimumkan kapasiti vaksinasi di setiap daripada 15 pusat vaksinasi kanak-kanak, MOE mengingatkan ibu bapa supaya mematuhi masa dan tarikh janji temu mereka, termasuk bagi keluarga yang mempunyai lebih daripada satu kanakkanak yang layak menerima vaksinasi Covid-19.




File

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >